Kisah Akhir Zaman

kisah akhir zaman

KISAH AKHIR ZAMAN. Ad-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis.

Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah.

Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.

Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.

Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk.

Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

“Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah.”

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur’an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

“Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta’ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen.”

– Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid. C&P from Ir Jebat Sakastik

Fitnah Akhir Zaman

Betapa dahsyatnya fitnah akhir zaman..

Bahkan sekalipun Ulamak..

Orang Soleh boleh hanyut penipuan fitnah akhir zaman..sekiranya tidak menguasai ilmu berkaitan Fitan Akhir Zaman.

Sebab itu kita perlukan Mursyid yang arif tentang Fitnah Akhir Zaman walaupun bertaraf seorang ulamak..

Ada ulamak..para ustaz yang hanya mampu membimbing golongan orang Soleh..dengan memberi ilmu melalui ceramah kuliah di masjid.

Sedangkan di akhir zaman ini rata-rata umat Islam terdiri kebanyakannya dari golongan orang awam..awwamul muslimin hasil daripada sistem kehidupan yang dicatur sejak beratus tahun dari zaman penjajah.

Maka perlulah kepada Tajdid Dakwah yang sesuai dan seiring dengan sesuatu era zaman tersebut.

Contohnya di era zaman Wali Songo..rata-rata masyarakat dizaman tersebut amat meminati seni hiburan Wayang Kulit..

Para ulamak Wali Songo..

melakukan Tajdid Dakwah dalam bidang seni dan kebudayaan dizaman tersebut dengan menerapkan unsur-unsur cerita kisah sufi Islam dalam seni hiburan Wayang Kulit.

Wali Songo juga menerapkan dalam Dakwah Tajdid dalam Seni Bela Diri Silat.

Hasil Dakwah Tajdid mereka,menjadikan dakwah Islam tersebar dengan cepat dan memberi kesedaran kepada masyarakat Islam sehingga ke sasaran peringkat golongan awwamul muslimin.

Asalamu alaikum…all yg budiman…

Bahwasanya dunia semakin tua dan keimanan umat manusia semakin rapuh,maksiat tidak terkira banyak kenapa terjadinya begitu..??

Kerana masaalah IMAN MANUSIA.

Bagaimana Kisah dakwah Nabi Nuh A.S apabila manusia tidak mahu lgi beriman terus menerus membuat kerosakkan kejahillan semakin meharaja rela.. Allahﷻ memerintah Nabi Nuh A.S membuat kapal di atas gunung, tapi Apa tanggapan orang² yg membangkang yg tidak mau beriman dgn apa yg didakwahkan oleh Nabi Nuh A.S mereka hanya menertawakan, menghina Nabi Nuh A.S kata Nabi Nuh gila.akhirnya apabila banjir besar terjadi yg taat Allah yg bersama² Nabi Nuh A.S sje yg terselamat yg ingkar ditenggelamkan Allah semuanya..

Kita semua tahu,bahawa kerja Nabi² mengajak menusia beriman kepada Allahﷻ.Tak jauh berbeda apa terjadi pd zaman Nabi² terdahulu dgn zaman kita dihari ni ujiannya adalah sama sje,iaitu ujian tentang Aqidah Iman Yakin..terjadi kini Agama perintah hukum hakam Allah dipermain²kn, kini Nabi Muhammad dh tkde lgi bersama kita..tanya diri kita,sudah kah kita cinta dan beriman dgn apa Nabi sampaikan .

w.pun kita tk bersama nabi..,tpi ada satu jemaah ni yg kau orang panggil jamaah tablig yg selalu kene cemuh dilekehkn orang.tk dipandang org, mereka yg selalu keliling untuk mengingatkan,mengajak mari kita solat berjamaah dan mari makmurkan mesjid mengajak beriman dgn mengamalkan kalimah toyibah

v’لاإله إلا الله محمد رسول الله

Apa tanggapan orang yg tidak berminat akan kerja dakwah tabligh katanya jamaah tabligh sesat..Astaghfirullah AlAzim !!! padahal daie² yg berdakwah ini lh meneruskann pejuangan amanat Nabi Muhammad ﷺ , mengajak manusia beriman kepada Allah…ingat lh tanggungjawab Agama kita umat akhir zaman ini,bukan kita siapa lagi..

Renung²kan lh jangan kelalaian kita sama diazab oleh Allah seperti kaum Nabi² terdahulu ampon Ya Robb

Hasbunallah Wani’mal Wakeel.

Dunia Sementara Akhirat Selamanya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply