Nabi Juga Disakiti Manusia ?

nabi juga disakiti manusia

Nabi Juga Disakiti Manusia ? Bismillah. Oleh sebab kita hidup bersama-sama manusia lain, memang tidak akan terlepas daripada menghadapi konflik demi konflik selagi hayat dikandung badan.

Di luar sana ada banyak teknik dan kaedah untuk menguruskan masalah dalam hubungan. Namun, sebagai orang Islam khususnya, kita beruntung kerana mempunyai contoh manusia terbaik yang boleh dijadikan panduan. Ini asas yang sepatutnya kita pegang.

Setiap konflik yang berlaku dalam hidup baginda SAW bukanlah semata-mata kerana baginda seorang nabi yang hebat. Namun, ia datang bersama hikmah untuk kita pelajari dan amalkan dalam kehidupan. Sekali gus memberi makna baharu dalam hidup kita bahawa kita tidak keseorangan.

Ya, kerana nabi juga disakiti manusia.

Nabi pernah disakiti oleh orang-orang yang paling dekat dalam hidup baginda. Bukan sekali, malah berkali-kali terjadi. Lalu, apa tindakan baginda SAW? Ini yang kita mahu teladani.

Gembira saya katakan ustaz @akhi_khubaib berjaya membimbing kita menelusuri konflik-konflik yang pernah dilalui baginda SAW melalui buku Nabi ﷺ Juga Disakiti Manusia dengan gaya bahasa yang santai dan mudah untuk difahami. Ia bukan buku sirah yang berat.

Saya sangat recommend untuk anda baca juga naskhah yang penuh makna ini. Dan selamat menguruskan konflik dengan penuh hikmah! Boleh baca free chapter buku ni. Saya share di IG story. Dapatkan di www.imanshoppe.com ye .

Berhati-Hatilah Dengan Pujian, Seringkali Pujian Membuat Orang Melupakan Dengan Hakikat Dirinya Yang Sebenarnya.

Banyak orang memuji, bukan berarti apa yg ada pada diri kita adalah sama persis seperti apa yg dipuji oleh banyak orang. “Dari Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari bapaknya: Ada seseorang berada di dekat Rasulullah ﷺ.

Lalu ada orang lain yg memuji-muji orang tersebut, maka Rasulullah ﷺ bersabda,

“Celaka engkau! Engkau telah menebas leher kawanmu.” – Nabi ﷺ mengulang kata tersebut berulang kali – Jika kamu mau memuji & itu harus memuji, maka katakan, “Aku sangka (aku kira) dia demikian & demikian” jika dia menyangka kawannya memang seperti itu, “dan yg mengetahui pasti adalah Allah & aku tidak mau memastikan (keadaan) seseorang di sisi Allah.”

[HR. Bukhari no.6061 & Muslim no.3000]

Pada hadist ini, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahwa ujub dapat disebabkan karena pujian yg berlebihan. Jika pada saat seseorang memuji kawannya atau orang lain dihadapannya & dapat menyebabkan orang yg dipuji tsb merasa besar diri & bangga dgn amalannya, maka hal ini dimakruhkan.

Adapun pujian kepada seseorang yg orangnya tidak ada di tempat itu, maka hal tersebut adalah sanjungan yg baik.

Rasulullah ﷺ mengingkari orang yg memuji orang lain itu dgn mengatakan “Celaka kamu, kamu telah menebas leher kawanmu”. Artinya, Rasulullah ﷺ tidak menyukai perilaku semacam ini.

Berhati-hatilah dgn hati manusia yg lemah. Jika dipuji, maka dpt menyebabkan masuknya ujub dlm hatinya, yg dapat mempengaruhi perilaku & tindakannya.

Berhati-hati juga dgn diri kita, jika kita merasa bangga&senang jika dipuji secara langsung, hal tsb merupakan salah satu ciri dari kemunafikan.

Kesimpulan dari hadist ini adalah larangan berlebihan dlm memuji orang lain.

Karena tidaklah ada jaminan terhindarnya ujub pada dirinya. Ujub yg membuat dia berkeyakinan kalau dia berhak mendapatkan pujian tersebut.

Hal ini menyebabkan dia menelantarkan amal & tidak punya perhatian kepada ketaatan, karena mengandalkan pujian yg ada pada dirinya. Sumber: muslim.or.id.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.

Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

“Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.”

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : “Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?”

Jawab si adik: “Saya ikut pesanan ayah.”

Si ibu : “Apakah pesanan ayahmu?”

Jawab si adik : “Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.”

Pesan ayah lagi, “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.”

“Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah.”

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?”

Jawab si abang : “Saya ikut pesan ayah.”

Si ibu : “Apa pesanan ayahmu?”

Jawab si abang: “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.”

“Kedua , ayah berpesan. “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.” Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.”

Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata,

nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”. kredit : amirah farhana

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply