Ustaz Auni Mohamad

ustaz auni mohamad

Ustaz Auni Mohamad ? Bebaru ni , memang kecoh dan banyak sangat isu pasal illuminati, akhir zaman, dan tentunya pasal Dajal. Selalu aku follow fb Neil Armsteen, yang asyik cerita pasal tipu daya Rothchild dan para konconya. Hahha, ada satu post fb neil armsteen, dia share pasal Ustaz Auni Mohamad. Lepas aku dengar ceramah dia paling cool ialah Da Vinci Code. Memang dasyat.

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz ini memang sempoi bab sejarah, sebab dia boleh cerita sejarah silam, sejarah bible, dan sejarah nabi ibrahim sejarah namrud dan banyak lagi. Semua cerita pasal iluminati dan freemason, semuanya dia boleh cerita, paling cool ialah video dibawah. Tapi ada je video lain yang best. Aku buat entry nih, baru layan dengar pasal 3 cerita  menarik.

Paling best, dia ini, selamba takde kitab, otak cpu, selamba je terang. Paling bagus,  dia ni takdalah kelakar, dia cakap straight to the point, tanpa henti, ahhaha. Tapi aku enjoy dengar. Tapi dia ni memang mengingatkan aku arwah Ahmad Busu aka Mat  Deris. Hahhaha. Selain dari dengar  muzik rock n roll, bulan puasa nih, sambil layan fb, update blog, kita  dengarlah ceramah Ustaz Auni nih, dia ni suka cerita bab sejarah dan kaitkan dengan amalan dan sejarah akhir zaman.

Betul tuh, bak kata MKB, satu buku  yang tebal diterangkan dengan mudah oleh Ustaz  Auni. Oh ye, last aku cakap, kalau korang dengar ustaz auni, insyaallah cara korang belajar sejarah tentu akan berbeza lepas nih.

Apa Kata Ustaz Tentang Solat ?

Kisah solat paling penting dalam sejarah, apapun nak kena jawab nanti, SOLAT paling awal sekali. Oklah, sementara aku terdapat benda link ni, bagus, betul mamat fb ni, siap buatkan list para ustaz ustaz popular masa kini yang bagi pendapat tentang solat. Oklah jom kita baca dan amati satu-satu perkara tentang solat ini oleh para ilmuwan yang bijak sana !!!

  1. 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.- USTAZ AZHAR IDRUS
  2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. – Ustaz Kazim Elias
  3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? “Jaga solat…Insyallah bahagia…”- Ustaz Don Daniyal
  4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. – Datuk Ismail Kamus
  5. Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat – ustaz haslin baharin
  6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” – Al-Habib Ali Zainal
  7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
  8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya”- Sheikh Abdullah Jahaf.
  9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. -Ustaz Dasuki Rani
  10. Jgn cakap:”Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!”Tapi cakap:”Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah – TG Harun Din
  11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.-Ustaz Pahrol.

JANGAN SEKADAR KEJAR KEGEMBIRAAN, TAPI BUATLAH SESUATU SEHINGGA MEMBERI IMPAK

Semua orang duk kejar kegembiraan. Ye, buat je, ala kadar, akhirnya , ok janji aku happy sudah. hoo, tuh sebenarnya hanya untuk orang biasa. Tapi bukan semua akan kejar kegembiraan, tapi lebih dari itu.

Ada orang yang lebih kejar populariti. Biasalah artis yang nak lakukan album, ada yang kejar prestij, apa pun terjadi mesti ada prestij. Ada pulak yang kejar duit. TAk popular, takpa, baju biasa takpa, janji dapat DUIT. Ada yang suka kepada kejar kepada kejayaan. Kecemerlangan. Memang sedikit orang nih. Kalau dapat markah 99/100 pun dia dah kecewa. Orang ni tak kisah sesiapa pun, dia kisah diri dia sendiri je.

KEJAR IMPAK

TApi ada benda yang lebih tinggi dari semua diatas. Ada orang kejar kepada IMPAK. Hahhaha, bila kata impak nih, bukan dia sorang je, tapi dia fikir lebih dari itu. Kalau aku buat sekian sekian, apa yang akan jadi pada generasi aku sekian sekian. Hhahaa, inilah ramai yang tak nak buat.

Dalam satu perumpamaan, Quran itu dianalogi sebagai hujan. Hujan mengalir dari satu sumber, mengalir kebawah, membasahi bumi, menyamankan, sejuk, melembutkan tanah, hingga tumbuh berbagai tumbuh -tumbuhan, dari pelbagai spesis flora dan fauna.

Begitula quran, ianya SATU, diturunkan dari langit ke bumi, memberikan penawar, ketenangan dan panduan, kepada semua umat dimuka bumi ini, yang sememangnya pelbagai bangsa, agama, dan kepandaian.

BUAT YANG TERBAIK

Jadi apapun kebolehan kita, gunakan skill tuh untuk memberikan IMPAK kepada muka bumi nih. Kalau jadi doktor, jadilah doktor yang hebat, jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang hebat, kalau jadi blogger sekalipun, tulislah sehingga memberikan IMPAK dan juga INSPIRASI kepada orang lain.

TApi nak menimbulkan impak nih memang suatu cabaran. Buat sekarang, lepas tuh tak dapat apa pun. Tulis blog , takda orang baca pun, rasa tak berkesan pun. Buat status takda orang like pun. Ye, itulah cabaran, IMPAK ni kena sabar, dia bukan sekali buat terus meletup, ianya perlukan dedikasi tinggi, sentiasa buat buat dan buat. Kadang kadang, kita tak sempat tengok hasil IMPAK tersebut, tapi mungkin anak cucu kita nanti yang akan merasa kesannya.

Samalah juga nabi ibrahim a.s. yang membuka kota mekah, mungkin usaha dia tuh dia dah buat itu dah ini.Impak tuh kota mekah sekarang sangat sangat berbeza, semuanya dimulakan oleh seorang nabi. Kalau fikir betul betul, kalau rasa pekerjaan kita nih boleh memberi kesan, IMPAK kepada masyarakat, buatlah betul betul dan bersungguh sungguh.

Belajar sekolah tahfiz ?

Memang, kat Malaysia, ada macam-macam sekolah, dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, dan sekarang ada sekolah integrasi, dan paling best ada yang belajar dekat mahad tahfiz. Dulu mungkin aku sendiri, rasa, bebudak yang belajar kat sekolah ini, ada yang bermasalah, mungkin aku banyak tengok tv, yang selalu tunjukkan imej yang sedih tentang sekolah pondok dan sebagainya , oh teruknya aku.

Makin dapat sambutan

Tapi itu dulu, sekarang ini, boleh dikatakan sekolah integrasi, sekolah tahfiz dah jadi pilihan mak bapak sekarang, yang ada duit lebih, hantar anak ke sini, itu kata kawan sekolah dulu yang dah jadi cikgu sekolah. Semua orang sedar, dengan masalah sosial yang makin teruk, pilihan utama ialah menitik beratkan Al-Quran dalam diri mereka, sekukuh dan sekuat yang mungkin untuk menghadapi cabaran di luar. Tapi sekarang pun dah bagusnya, pelajaran sekolah tahfiz dah ada belajar matematik , sains dan sebagainya.

Ramai orang kaya buka sekolah tahfiz

Memang ramai, boleh dikatakan siap sponsor bangunan dan sebagainya, itu belum lagi trend artis, personaliti hebat buka kedai. paling terbaru bila Amy Search pun buka sekolah tahfiz sendiri, dan dekat kedah pun Dr Rozmey ada mahad tahfiz sendiri. Hooo, itulah bestnya kalau jadi kaya, siapa lagi nak bantu kalau bukan agama kita sendiri.

Al-Quran sebagai sumber utama

Biasanya di malaysia, memang trend orang baca al-quran, mengaji, tilawah, sambil belajar tafsir dan bahasa arab. Semakin hari semakin banyak fakta sains moden, dibuktikan, ada di dalam al-quran, yang tak dapat diterangkan, dikaji pada zaman awal diturunkan al-quran. Harapan aku nak melihat, anak-anak sekolah tahfiz, adalah pelopor keilmuan semua bidang, tak kira agama, hukum, sains, geografi, kewangan, ekonomi satu hari nanti. ustaz auni mohamad.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply