Surah Kuatkan Semangat

surah kuatkan semangat

Surah Kuatkan Semangat ? “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik..” (Surah Al-Ma’idah: 82)

MUKMIN BANGKIT BERSATU HATI

Maka benarlah mereka ini begitu k#jam dan durj#na tanpa tarikh luput! Hidupnya penuh dengan tipu daya yang hin4! Zulmat dan d#ndam telah membuatkan mereka begitu sadis tanpa sekelumit kasih sayang suci antara sesama insan. Innalillah..

Bersabarlah wahai orang-orang yang beriman. Persiapkan diri kita sekarang sebelum terlambat. Cukuplah ditutup dengan daki dunia, serta hijab kelalaian kemaksiatan.

Kuatkan semangat dan pertingkatkan amalan. Sapaan kemenangan sungguh semakin hampir. Jangan bersedih, kerana Allah Al-Qahhar telah pun menjamin:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim;Sesungguhnya, Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” (Surah Ibrahim : 42).

DOA PULIHKAN SEMANGAT, KUATKAN ROHANI DAN SIHAT TUBUH BADAN.

AMALAN SEBELUM TIDUR. SURAH AT-TAUBAH 128-129. Sebelum tidur selepas membaca doa-doa yang lain amalkan doa Surah Attaubah ayat 128- 129 sebanyak 11 kali.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ (128)

فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ} (129).

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.

Fadhilatnya: Kuatkan semangat, Sihat Tubuh Badan, Sihat rohani. **DOA ini juga menjadi amalan arwah Ibu saya secara istiqamah untuk doa yang mustajab dan memohon hajat yang besar. TINTA NASIHAT TUAN GURU SHEIKH ZAINUL ASRI.

Setiap orang pasti mempunyai masalah sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.

Tidak kira di mana-mana tempat pastinya ada bebanan suatu masalah. Berat dan ringannya tidak dapat diukur secara pasti. Boleh jadi masalah begitu ringan dirasakan berat. Begitulah juga sebaliknya. Video Facebook loading? Tonton di Youtube channel: https://youtu.be/q2RFnt9zPoM

Sudah tentu suatu masalah terjadi dan memberikan bebanan hidup yang terpaksa dihadapi oleh setiap orang. Tidak ada seorangpun boleh terlepas daripada bebanan hidup.

Namun begitu, beban hidup sebenarnya boleh diatasi dengan caranya tersendiri. Sudah tentu ada banyak, di antaranya dengan ikhtiar yang sungguh-sungguh. Doa kuatkan hati dan semangat perlu diamalkan dalam hal ini.

Justeru, berdoa memohon kekuatan kepada Allah S.W.T agar mampu menghadapi beban hidup merupakan jalan yang terbaik. Salah satunya dengan doa yang terdapat dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 286 ini boleh dijadikan sebagai doa kuatkan hati, doa kuatkan semangat dan doa mohon kekuatan atasi beban hidup.

Bila singgah rumah yang ingin madu kelulut, dapat sembang dengan abang customer.

Masuk je kereta, wife tanya kenapa lama? Dari botol pertama yang dihantar pada pembeli, dapat sesuatu yang sangat menarik. Abang azman tanya, “ada beza tak sedut waktu sekian-sekian?” Sebab dalam surah Al-Nahl ada ceritakan kisah madu dan sebagainya.

Abang azman kata, “Annuar dah buat kelulut ni, baguslah. Nanti boleh mendalami lagi surah ni. Mungkin bila mendalami nanti lagi semangat.” SubhanAllah. #mommydaddygarden. #madukelulut.

Lazimkan kita dapat solat tahajud walaupun hanya 2 rakaat.

[Waktu Ini Allah Lebih Dekat Dengan Kita] Antara keutamaan shalat Tahajud.

  1. Allah angkat ke tempat terpuji
  2. Allah kabulkan harapan dan memberi rasa aman dari yang ditakutkan
  3. Mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, ayat 79)

Jika terasa lemah, ingatlah kembali bahawa Allah sentiasa ADA untuk kita. Kuatkan semangat dengan solat dan tidak berputus asa berdoa kepada Allah, insyaAllah Allah akan berikan yang TERBAIK kepada hambaNya yang sabar.

Sana sini kerap, pula terbaca sahabat sahabat sedang berkuarantin asbab dijangkiti Covid ni.

Ya, tak kira dimana berada, kita sedang berisiko. Hari hari ada je kes baru dari teman, saudara mahupun jiran. Saya sendiri tidak terkecuali. Mungkin waktu di Mekah lagi telahpun dijangkiti. Syukur simptom tu tak teruk seperti sahabat lain yang kena di Malaysia.

Proses sepanjang disana, baik baik aja. Seperti tiada apa yang berlaku. Cuma batuk sedikit diawalnya. Buat Kit test pun negative semasa disana. Alhamdulillah semua perjalanan ibadah sepanjang disana dapat ditunaikan sebaiknya.

Hingga sekembalinya di Malaysiapun, tiada simptom berat yang terjadi. Hingga buat PCR test di Klia dan hari berikutnya, baru dapat dipastikan bahawa dah dijangkiti. Benarlah, berdasarkan kajian yang dibuat, mereka yang telah lengkap dose vaksin, booster, walaupun dijangkiti kesannya amat minimal. surah kuatkan semangat

Syukur juga, asbab saya dan isteri sentiasa ambil vitamin sebagai persediaan kami.

Kuasa Allah, tiada siapa boleh halang kan. Dalam jutaan umat yang hadir di seluruh pelusuk dunia datang menemui panggilan Allah, siapapun tak boleh jangka siapa pembawanya.

Inikan pula, waktu disana seperti kehidupan biasa yang dirindui, walaupun semuanya ber’ mask’. Ibaratnya masing masing tak fikir tentang penyakit, melainkan manisnya ibadah dirumah Allah.

Esok hari terakhir bagi kami untuk tempoh kuarantin. Terpanggil panggil untuk dakap seorang demi seorang anak yang ditinggalkan lebih 20 hari. Masya Allah rindunya.

Kepada sahabat yang sedang dalam tempoh kuarantin, sama sama kita berdoa, agar semuanya pulih kembali. Dan yang paling penting kita yang perlu kuatkan semangat.

Toksahlah tuding jari siapa salah siapa betul. Masing masing ambil tanggungjawab sendiri dalam memastikan kita amalkan prosedur yang betul dalam membendung wabak ini. Kita jaga kita. Ikhtiar sebaiknya. Selebihnya kita serahkan kepada Allah yang maha melindungi. Insya Allah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply