Tips Ebit Lew Kaya

tips ebit lew kaya

Tips Ebit Lew Kaya ? Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni.

Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator.

Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.

Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House.

Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.

Syukur saya ada 2 program Tv.

2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.

Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.

Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.

Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid.

saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.

Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat. tips ebit lew kaya.

Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin.

  • Didik anak jadi orang kaya takwa.
  • Didik anak jadi pemimpin.
  • Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat.
  • Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew

JANGAN TAKSUB! EBIT LEW BUKAN NABI, DIA TAK MAKSUM..

Sepanjang pertelagahan pihak Ebit dan pihak yang mengkritik Ebit, aku mengambil jalan tengah. Melihat dan menganalisa. Mengkaji dan menyemak fakta-data yang dihidangkan.

Aku telah menjumpai beberapa percanggahan fakta dan data yang disampai dari mulit Ebit Lew sendiri. Antaranya, dia menyatakan dia pergi ke Gaza dengan duit sendiri. Tak buka apa-apa tabung.

Tapi sebaliknya, ada beberapa individu telah membuktikan ia sebaliknya. Posting diremove dan diedit. Itu sah dan terbukti. Ia fakta yang sahih. Maka jelaslah Ebit Lew mungkin telah berdusta dalam menyampaikan khabar sebenar.

Persoalan yang bermain di dalam benak kepada aku yang sentiasa ber #mindaskeptikal dan perpegang dengan #evidencebased, untuk apa dan kenapa Ebit Lew cuba hendak berdusta? Apa yang dia ingin sampaikan?

  1. 1. Ebit Lew mahu memberitahu yang dia seorang yang kaya raya.
  2. 2. Ebit Lew tidak mahu bercakap soalan audit NGOnya. Yelah, kalau dah duit dia sendiri, dia punya pasal lah.
  3. 3. Ebit Lew cuba menyembunyikan sesuatu yang lain.
  4. Entah, Aku taktau apa niatnya. Tetapi secara zahir dengan fakta, data dan figura. Ebit Lew atau pihaknya didapati tidak jujur.
  5. Berlaku jujur, Allah pasti lebih sayang.

SCRUT for the TRUTH! tips ebit lew kaya

Orang yang hati bersih dia tak

Dendam,Iri,Dengki,Sangka buruk Dan sentiasa memaafkan orang. Semalam dah berlalu. Ia menjadi kisah lalu. Maka maafkan kesilapan orang dan mulakan memperbaiki diri jadi lebih baik. Lebih bersih hati. Lebih berkat hidup.

Kadang yang sekat rezeki kita bukan orang lain, melainkan diri kita sendiri yang ada penyakit hati dan dendam tu. Rasa tak puas hati. Rasa tak suka dan rasa yang tak baik pada orang lain. Nak jadi ahli syurga semua rasa tu memang takda dalam hati. Sebab ahli syurga ni hati dia bersih, ikhlas, redha dan tenang.

Macam mana nak jadi ahli syurga kalau miskin jiwa? Jom kaya jiwa. NY doakan yang sakit hati, terluka, terpendam. Semoga sembuh ya. Ubatnya. Maafkan orang yang buatkan kalian sakit hati dan mula maafkan diri sendiri serta azam untuk ubah jadi lebih baik sekarang juga.

Takda orang tak buat salah atau silap. Kita sendiri pun banyak buat salah silap kat orang yang kita kadang tak sedar pun. Nanti rezeki kebahagiaan, kejayaan, kekayaan datang melimpah ruah dan bertubi-tubi. Senyum selalu ya. Nora Yusof. #PenulisFTR. #BacaBacaSENTAP. #MenulisKESyurga. T.me/tips_rezeki_melimpahruah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply