Sheikh Nizar Rayyan

Sheikh Nizar Rayyan

Sheikh Nizar Rayyan ? Medan ribat tanah suci dan Sahih al-Bukhari. Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan sahaja seorang mujahid di bumi Palestin, bahkan alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Haمaس.

Ketika hayatnya, di samping sibuk dengan urusan Jاhaد, beliau juga sibuk berkhidmat kepada ilmu hadis, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:

1. al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.

2. as-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba’ātuhuma.

3. al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I’tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.

4. al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.

5. as-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu ‘ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi’. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.

Sheikh Nizar Rayyan ketikamana mendekam di penjara Ziهniس, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut. Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari. Di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan. Iaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.

Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan).

Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:

Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah – kami mengira mereka sebagai para syuhada dan kami tidak mensucikan sesiapapun di hadapan Allah -. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhaد.

Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.

Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini di jalan-Nya apabila rumah yang beliau diami di pinggir Gaza telah dibom oleh roket Ziهniس pada hari Khamis bulan Muharram tahun 1430 hijrah (2009).

Namun beliau tidak keseorangan, akan tetapi perjalanan ke negeri abadi turut ditemani bersama kesemua isteri beliau yang telah setia bersama beliau sepanjang liku-liku perjalanan ilmu dan Jاhaد, serta beberapa orang anak beliau.

Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di syurga. Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami’ as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.

Anakku. Adakah Kalian Tahu, Siapakah Dia Syeikh Ahmad Yassin?

Oleh: Al-Syahid Al-Mujahid Prof. Dr. Nizar Abdul Qadir Rayyan. Wahai anak-ku, ketahuilah, pertempuran ini bermula antara al-Imam al-Yasin dengan segala kebejatan yang berlaku di sekitar para pemuda Palestin yang kurang imannya.

Engkau bayangkan bagaimana Sheikh Ahmad Yassin mendidik kami, sedangkan di dalam masa yang sama masjid tidak dibenarkan untuk dibina, bahkan tempat mengopi, kedai arak & pawagam dibina dengan pesat dengan laju.

Di tengah kegawatan & kebejatan akhlak & moral inilah Sang Imam memulakan menanam biji benih bunga & menyemainya dengan wangian yang harum semerbak. Tanaman ini telah disemai dengan sebaik Tatangan Tarbiah!

Membaca kenangan generasi awal tentang Palestin

membuatkan diri kita melayang terkenang keindahan tanah di sana. Kemudian, terbaca pula bagaimana kenangan awal generasi yang dididik oleh Sheikh Ahmad Yasin, terbayang bagaimana pemuda gagah perkasa di sana boleh taat & turut segala arahan Sang Imam.

Kenangan ini saya & Ahmad Muntaha terjemahkan supaya kalian dapat hayati awal perjuangan mereka yang tawaduk di sana. Kenangan ini dapat dikesan setelah mendengar kenangan Dr. Wael ke atas Dr. Nizar Rayyan. Dr. Wael yang menyarankan untuk membaca artikel ini. Pautan di komen, jemput baca para sahabat yang budiman.

Tengok video ni, rakyat Palestin menyalahkan Hamas atas apa yang berlaku di sana.

Makcik ni cakap “aku lebih menyukai Yahudi!” Katanya dengan lantang. Allahuakbar! Menangis tengok video ni, betapa lemahnya iman seorang hamba yang tidak meletakkan Allah dihatinya. Padahal mereka tahu mempertahankan negara dan agama itu wajib! Ganjarannya syahid.

  • Rakyat mereka sendiri ada yg menentang perjuangan Hamas!
  • Merelakan negara mereka dijajah!
  • Merelakan tanah mereka dicuri!
  • Merelakan perbuatan terkutuk zionis, asalkan mereka hidup “aman”.

Hamas melarang mereka meninggalkan tempat tinggal mereka tp mereka tetap pergi mencari sebuah “kebebasan”. Sedih. Jadi, tak hairanlah ramai antara kita menentang boikot dan tidak sensitif dengan apa yang berlaku kan.

Duta Besar Malaysia pegang teguh pendirian Hamas bukan pengganas

BERITA SEMASA 31 OKTOBER 2023. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjelaskan ugutan yang diterima Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat yang dipanggil untuk Malaysia menarik balik sokongan terhadap Palestin.

Menurut beliau, akibat daripada sokongan Malaysia terhadap perjuangan Hamas, Duta Besar Malaysia menerima dua kali tindakan tatatertib dari kedutaan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, Duta Besar Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendirian menyokong rakyat Palestin di Gaza.

Cadangan Mynewshub akan beberapa perkara mudah yang kita mampu buat untuk membantu perjuangan Palestin:

1) Teruskan bercakap dan ambil tahu apa yang sedang berlaku di sana. Jangan rasa bosan atau putus asa. Jangan berhenti berjuang cara kita.

2) Sebarkan kebenaran sebanyak mungkin. Sekecil-kecil benda yang boleh membantu perjuangan Palestin kita lakukan.

3) Sertai boikot setakat mana yang mampu. Kalau mampu boikot satu jenama sahaja, maka boikot. Kalau boleh lebih, maka boikot lebih.

4) Gunakan media sosial untuk terus memberitahu dunia kejahatan dan kekejaman Israel. Media barat menyebarkan maklumat yang salah dan memburukkan perjuangan Hamas serta Palestin, maka kita tampil menjadi suara kebenaran.

5) Kalau tak nak tolong, baik senyap…jangan perlekeh orang yang berusaha membantu. Jangan jadi batu penghalang.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya); dan jika ia tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini secara jelas memberitahu kalau ada sesuatu perkara buruk berlaku….maka kita ada tiga pendekatan yang boleh diambil, yakni melalui perbuatan, atau lidah (bersuara) atau secara senyap dalam hati. Islam mengajar kita bahawa ada sahaja yang kita boleh lakukan, cuma sejauh mana kita mahu, adakah dengan bertindak, bersuara atau dalam hati. Bererti kita sentiasa ada pilihan untuk berbuat sesuatu. Cuma sejauh mana kita mampu lakukan yang menjadi persoalan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply