Scammer Islamik

Scammer Islamik

SCAMMER ISLAMIK

1. Syarikat Travel Umrah

Tulis dalam iklan, hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid. Turun je lif, jalan sikit dah sampai lantai putih. Makcik pakcik yang tua-tua ni sakit lutut baca iklan ni, terus amek pakej. Bila sampai nahhh! Beratus meter. Mutawif @ ejen pun cakap

“Makcik pakcik ini ujian. Kat tanah haram ni jangan komplen. Nanti takut niat kita nak ibadah terhalang, habis semua jadi susah.”

Makcik pulak dulu masa muda-muda langgan Mastika, terpaksa la diam je.

2. Pusat Tahfiz

Kutip derma. Resit tak dak. Surat tak dak. Audit tak dak. Bertahun-tahun kutip derma, tapi asrama student level reban ayam. Safety tak dak. Fire extinguisher tak dak. CF kantoi. Bila kita tanya nanti, dia balas

“Zaman Nabi dulu, dinding pakai pelepah tamar je. Boleh je melahirkan generasi bertaqwa. Yang sijil mijil CF tu semua ciptaan manusia. Tak wajib ikut.”

Tapi mudir keluar Mercedes CLA 200. Baik punya.

3. Founder Produk

Blend kurma dengan kismis dari China tapi claim dari Mekah. Buh habbatussauda sikit. Gula 15 gantang, packaging tulis “Makanan Sunnah”. Claim boleh ubat 100 jenis penyakit. Darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut, sakit sendi. Target group produk pulak untuk orang-orang tua yang dah sah-sah ada penyakit-penyakit tu.

Bila kita kata, resepi macam ni Nabi tak pernah ajar pun. Lagipun tinggi gula. Bahaya. Kalau buh kat mesin check gula tu, konfem tak boleh baca terus.

Dia balas “Inilah melayu. Nak jatuhkan melayu. Macam mana ekonomi Islam nak naik?”

Senang kerja. Founder kaya raya.

4. Penceramah selebriti @ Kursus Kahwin

Jenis dengar dia berceramah memang syok layan. Contohnya guna ayat @ hadis palsu yang sangat popular “Akak-akak kalau mintak cerai daripada nanti bergegar arasy Allah. MashaAllahhh”

Arasy tu bukan kerusi urut yang bergegar-gegar ni. Kalau dah lebam biru muka kene tinju takkan tak boleh mintak cerai jugak? Bila kita tanya dalil atau sumber hadis, dia jawab

“Wahabi!”

Simple kan? Sepatah je.

5. Parti-parti Politik Bersadurkan Agama

Masa sebelum pilihanraya, janji tadbir urus Islamik. Janji nak tegakkan hukum islam. Masa ucapan siap petik ayat quran hadis, siap baca loghat badwi padang pasir. Bila dah dapat kuasa… sungai kotor, balak tebang, harga barang tak boleh kawal, zikir hu hu hu pun boleh lepas untuk amal, penceramah ajar tengok astrologi ala-ala islamik pun tak kena gam. Tak nampak wajah Islam tu di mana.

 

Sebenarnya, P. Ramlee dulu hampir betul dah. Dalam filem Tiga Abdul, monolog Husein Lempoyang lakonan Nyong Ismail,

“Dunia.. dunia.. meniaga manusia lagi bagus daripada meniaga onta.”

Hakikat yang sekarang ni..

“Dunia.. dunia.. meniaga agama lagi bagus daripada meniaga onta.”

JAWAPAN KEPADA SADIK SCAMMER BITCLUB NETWORK

1. Saudara Sadik telah memberi reaksi beliau terhadap post2 saya yang mendedahkan yang beliau adalah scammer Bitclub Network. Jadi sekarang saya pun nak memberikan reaksi saya terhadap reaksi beliau!
2. Pertamanya, reaksi beliau itu adalah reaksi typical sang scammer apabila saya mendedahkan skim mereka itu adalah scam dan oleh itu mereka adalah scammer. Mereka hairan mengapa saya tiba2 ‘menyerang’ mereka, mereka tak pernah kacau saya, saya busuk hati, saya buat fitnah, saya tak tahu cerita sebenarnya, saya itu dan saya ini. Itulah yang dikatakan oleh scammer Pegasus Bullion, HGR, Emas ETA, Mecca Fund, UFun dan sekarang Sadik Bitclub Network.
3. Sadik, in case you don’t know, sebagai usaha CSR, saya mendedahkan beberapa scam yang berleluasa di Malaysia. Saya lakukan ini kerana saya:
(a) mempunyai kepakaran kewangan
(b) mempunyai banyak pengalaman kewangan
(c) menjawab query ramai orang yang bertanya saya tentang scam2 tertentu
(c) BERANI KERANA SAYA BENAR.
4. Saya takkan mendedahkan mana2 scam jika saya tak mempunyai bukti2 yang nyata sebab saya tak nak saja2 cari pasal dan lebih pentingnya, tak mahu mengainaya orang tak bersalah. Dalam kes awak, it is straightforward kerana bukti2nya terlalu banyak – grafik, video serta report daripada beberapa mangsa. Malah, awak sendiri telah mengaku yang awak memang mengajak orang join BCN. (Jadi langkah2 awak nak menyembunyikan bukti2 dengan menurunkan data di laman web kelasbitcoin.com dan lombongbitcoin.com itu sudah terlewat kerana kami sudah downloadkan data2 tersebut! By the way, langkah2 ini juga menampakkan yang anda bersalah.)
5. FYI, saya gunakan terminologi scammer kerana rasa berat hati untuk menggunakan terminologi yang sebenarnya iaitu PEMBOHONG DAN PENIPU. Tetapi itulah awak dan geng2 seangkatan sebenarnya. (Jangan nak pusing cerita yang awak berasal orang susah, Melayu dan Islam seperti yang dilakukan oleh scammer HGR, Mecca Fund dan UFun dulu. Masa nak tipu orang tak ingat pula semua ini.)
6. Sepertimana polis tak rasa bersalah menangkap mereka yang melanggar undang2, saya pun tak rasa bersalah mendedahkan scammer seperti awak. Furthermore, Sadik, apa yang awak lakukan bukan berniaga tetapi membohong dan menipu orang ramai apabila awak ajak orang join BCN.
7. Tawaran anda untuk saya datang belajar di Wisma Scam BCN itu saya akan KIV buat masa ini. Jika saya teringin nak belajar bagaimana untuk menjadi scammer, saya pasti akan contact awak! Malah saya akan bawa ratusan orang lain untuk sama2 belajar daripada mega monster scammer seperti awak!
8. Esok saya akan beritahu apa yang patut mangsa2 jembalang ini lakukan pula!

Hati-hati scammer perubatan ‘Islam’

Scammer ni jahat. Serious jahat. Diorang ni ambil kesempatan ke atas orang lain yang terdesak. Orang yang perlukan bantuan.
Tak kiralah orang tu terdesak perlukan duit. Atau terdesak perlu dirawat. Terdesak nak cantik. Ataupun terdesak mengalami tekanan emosi.
Ada je scammer yang pandai ambik kesempatan.
Rupanya ada scammer yang memang ada group khas untuk mereka yang perlukan bantuan. Diorang ni mula la dengan ada secret group (berbayar). Kemudian ada kelas-kelas.
Dan siapa yang perlukan bantuan, maka diorang ada ‘pakar’ dalam perubatan Islam.
Aku pergi tempat ni sebab teman seorang ni. Kita namakan dia si A. Si A ni rapat dengan aku. Dia cerita hasil rawatan dia lepas datang kat sini, dan aku agak skeptical jujurnya. Sebab aku rasa tak logik sangat dengan hasil dapatan dia daripada dia pergi ke situ.
Jadi aku pun mintak untuk datang jumpa orang ni. Kita panggillah dia pakcik. Tujuan datang satu je, aku nak tengok video rawatan si A ni masa dirawat pakcik ni. Sebab diorang ni ada rekod semua sesi rawatan diorang.
Tempat rawatan dia kat Bangsar. Aku macam… Wow. First time aku jumpa rawatan Islam yang ada ofis kat KL. Biasanya rawatan Islam ni buat kat rumah orang tu sendiri, atau kat pusat khas yang permanent. Dan biasanya landed la.
Lebih pelik lagi dia tak daftar ofis dia kat Google. Jadi nak cari tu kena cari Bangsar Trade Centre (eh dah bagi hint)
(aku suuzon mungkin sebab senang nak lari kot kalau jadi kes heh. Kalau buat kat rumah nak lari mana kan)
Aku masuk. Dan tunggu kat bilik meeting kat situ. Sembang-sembang jap dgn si A, lepas tu pakcik tu pun panggil untuk tengok dia berubat.
Dalam bilik tu ada 6 orang. 3 lelaki dan 3 perempuan. Sorang laki pakcik tu. Sorang jurukamera yang record semua benda. Dan sorang lagi daripada pihak patient.
2 daripada perempuan kat situ juga adalah daripada kumpulan patient. Kedua-dua perempuan ni dalam kategori cantik. Awal-awal pandang aku dah teka ni kalau tak artis mesti model / instafamous. Lepas tu ada sorang perempuan berpurdah. Perempuan ni duduk kat sebelah pakcik tu.
Nak dipendekkan cerita, kaedah rawatan pakcik ni adalah dia akan alihkan ‘benda’ yang ada kat patient tu kepada perempuan berpurdah tu.
So dia mulakan rawatan. Dia baca ayat-ayat quran yang main petik sana sini. Walaupun aku tak power mana Arab tapi at least masih ex kisas dan ex Ikram la (eh). So kenal lah sebahagian ayat tu. Antaranya ayat berkaitan pengharaman daging babi. Aku pun tak faham kenapa ada ayat pasal haram babi di situ.
Perempuan berpurdah tu daripada biasa je, dia mula jeling kat perempuan baju hijau yang duduk paling dekat dengan pakcik tu. Dia jeling je lama-lama sepanjang beberapa petikan ayat quran yang sama tu diulang-ulang baca.
Dan dialog pun bermula. Tapi dialog tu agak panjang, jadi aku nak highlight beberapa ‘interesting’ ones je
Demi jimatkan tenaga. Kita panggil perempuan berpurdah tu sebagai PB
Pakcik: Siapa yang hantar kamu ke sini?
PB: ins….
Pakcik: Siapa tuan kamu?
PB: Instafamous
LOL. Tergelak semua orang kat situ.
(dalam hati aku like…. Seriously jin menggelarkan tuan yang hantar dia sebagai ‘instafamous’ 🤣)
Pakcik tu tanya perempuan patient tu. Dia Instafamous ke. Jawapan dia lebih kurang mengakulah jugak. Dia ada 200 ribu follower.
Pakcik: Kenapa dia hantar ke sini?
PB: Jual baju….
Pakcik tu pun tanya ada jual baju ke? Atau buat bisnes apa-apa?
Perempuan patient: Tak ada….
Aku tergelak dah sikit. Kantoi di situ. Diorang nampak gaya nak buat narrative yang orang hantar ni sebab dengki. Sekali patient ni takde buat bisnes da
Pakcik: Atau ada tolak mana-mana offer dari business baju? (masih cuba mengorek info)
Perempuan patient: Tak ada….. Owh mungkinlah ada satu kot. Patutnya pergi Turki. Tapi lepas tu saya cancel.
Pakcik: Haa dia la tu. Dia marah sebab dah beli tiket la tu.
Aku macam…. Seriously? Weyh aku ada business gak dan duk communicate gak dengan Instafamous. Ada ratusan Instafamous kat luar sana. Takde kerja weyh nak hantar jin semata-mata Instafamous 200k follower tolak job offer 🤣. Tak berbaloi.
At least kalau dia buat cite ada laki minat kat dia ke, bunyi real la gak.
Pastu kejap kata Instafamous yang hantar, dalam tempoh beberapa bulan baru-baru ni. Pastu kata benda ni dah lama dah, sejak sekolah. Yang patient tu pun mengaku haa yela, saya dah migrain sejak sekolah lagi.
Err… Cik. Saya pun kenal ramai kawan yang migraine sejak sekolah 😐
Pastu adalah lagi soal jawab sikit-sikit. Pastu dia pun baca ayat-ayat quran main petik sana sini. Dan lepas tu katanya dah buang dah.
Pastu dia offer untuk scan rumah dia pulak. Dia terima. Dia pun baca la alamat rumah perempuan tu.
Aku ingatkan dia kata nak scan tu nak pergi sana.
Taakkkk.
Dia baca je alamat rumah tu. Terus jin kat sana kena datang dan rasuk perempuan berpurdah tu 😆
Fuhh…. Legend mengalahkan arwah Ustaz Ismail Kamus.
So perempuan tu pun dah kena rasuk, dan pastu dia pun buang la.
Pastu diorang ni buat naratif yang PB ni boleh faham keadaan dan perasaan jin tu.
Dia pun cakap.
PB: benda ni dah lama dah kat rumah tu…. Dulu ada benda pernah berlaku kat rumah tu…
Aku terfikir…. Wow. Berani. Camne kalau rumah tu baru? Tak ke kantoi.
To my enjoyment….
Patient perempuan: tapi…. Saya beli tu kondo baru
🤣🤣🤣🤣🤣
Aku dah tersengih dah. Dia pun cover
PB: tu la… Tapi ada benda la… Tempat tu. Area tu.
Heh. K.
Dan adalah lagi sambungannya. Ada sesi yang PB tu sampai menjerit. Tapi itu menjerit dengan suara dia. Dan masa kononnya dia dirasuk pun dia masih bercakap dengan suara dia.
Siapa yang pernah tengok rawatan Islam yang real punya akan tahu (macam kat Darussyifa ke) . Kalau orang tu dirasuk, suara tu bukan suara dia. It will be impossible untuk pesakit tu buat suara tu. Orang muda akan jadi suara orang tua yang sangat garau. Orang tua boleh tetiba suara budak kecik. It’s different.
Tapi nampak gaya kumpulan patient ni percaya dengan lakonan diorang ni. Aku diam jelah. Walaupun terfikir gak nak offer business card kat perempuan tu, kot-kot boleh buat option untuk model tudung Tyra Anne kan. Tapi macam takpelah.
Lepas tu aku tengok gak semua video rawatan si A. Ada 3 kesemuanya. Takleh cite detail lah. Tapi sama gak. Ada lompong-lompong yang menjadikan diorang ni kantoi.
It was more like a game of probability. Diorang main try and error. Okay tau dia ni cantik, Instafamous kot. Tau dia ni kaya, orang dengki business kot. Tau dia ni ada masalah cinta, haa orang ketiga la yang hantar.
Like that.
Dia akan cakap sikit, tengok apa yang patient respond. Apa yang patient bukak. Pastu diorang develop story dari situ. Kalau salah diorang cover. Kalau betul diorang tekankan.
Since diorang ni scammer. Jadi yang migraine confirm akan migraine balik. Bila datang balik migraine, diorang buat cerita owh dia hantar lagi. Dan sekarang dah tau background story dia ni, jadi diorang boleh buat story yang lebih kukuh, menjadikan patient tu lebih percaya.
Sekaligus diorang ada recurring income di situ 😅
Dia siap ada cover kata kadang-kadang tu bukan orang tu hantar, tapi boleh jadi dia ada saka, saka tu yang buat tanpa pengetahuan orang tu. Ni pun ayat cover, kot-kot orang yang dia tuduh tu alim ulamak ke kan. Disclaimer kena ada.
Last sekali aku tanya soalan yang dah lama dalam fikiran aku dari awal
Aku: sekali scan bayar berapa?
Pakcik: RM300
Seronok.
P/S: kalau korang rasa ada gangguan, pergilah darussyifa. Diorang kalau pergi bukan sentiasa confirm ada orang hantar, kalau scammer ni confirm sentiasa ada benda hantar atau saka. Darussyifa nak bayar boleh, tak nak pun boleh. At least diorang bukannya fokus pada duit

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply