Salman Ali Wahabi ?

wahabi

Salman Ali Wahabi ? jom kita baca beberapa cerita best pasal wahabi ni sekarang.Isu agama sekarang memang pecah belah umat Islam

Perli Madzhab Wahabi ?

Apabila Ustaz Wadi Anwar memberi gambaran bahawa di negeri itu – merujuk kepada Perlis- Pejabat agama mengeluarkan aturcara kepada Imam untuk sujud dengan turunkan tangan dahulu

lalu katanya ini diambil dari madzhab Wahabi.

Ini adalah contoh jelas dua sifat buruk yang berkumpul dalam diri seorang manusia: jahat dan jahil

1) Tiada ada peraturan itu dari Pejabat agama Perlis. Boleh rujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis hari ini. Imam-imam di Perlis tidak diikat dengan aturcara mesti sujud dengan

meletakkan tangan dahulu. Orang yang membuat tuduhan palsu ini adalah jahat.

2)Ulama besar Wahabi di Saudi termasuk muftinya yang paling berpengaruh Bin Baz dan Ibnu

Utsaimin memilih pandangan turun dengan lutut dahulu sebelum tangan sesuai dengan pandangan Madzhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Menuduh secara melulu turun lutut dulu adalah pandangan Wahabi adalah satu kejahilan.

Turun tangan dulu adalah pandangan al-Albani yang selari dengan madzhab Maliki dan pandangan ini dibantah oleh mufti Saudi Ketika itu Bin Baz.

Wahai Ustaz Wadi, bawa-bawalah bertaubat di bulan Ramadhan ini. Modal muka dan ayat sedih mungkin boleh mempengaruhi para pengikut tapi dosa menimbulkan fitnah itu besar.

Ekstremis PAS ?

Bersempena musim pilihanraya ini, saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia akan dua ideologi ekstrimis yang perlu disemadikan di dibakul sampah.

1)ekstrimis PAS yang menganggap sesiapa yang tidak menyokong perjuangan PAS sebagai sesat dan tidak sempurna Islamnya.

2)Ekstrimis wahabi yang menganggap sesiapa yang mengundi selain parti pemerintah sebagai khawarij dan anjing neraka.

Sebagai rakyat Malaysia, kita dikurniakan hak untuk mengundi mana-mana calon yang difikirkan layak mewakili kita.

Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani

Sejurus pengumuman pengerusi MKI bahawa Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani yang penuh dengan elemen-elemen menyimpang dari syariat Islam boleh diamalkan di Malaysia, saya bersungguh-sungguh mahukan wacana berkaitannya berlangsung agar segala kekusutan dapat dibentang dan dibincang secara terbuka.

Sejak awal dihubungi pihak KUIPs untuk wacana dengan Dr Ayman Al-Akiti yang bertanggungjawab membentang kertas kerja berkaitan Tarekat ini kepada MKI, saya terus nyatakan persetujuan tanpa sebarang syarat.

Sebaliknya Dr Ayman keberatan untuk menghadiri wacana dan baton diserahkan kepada ARG, saya tetap bersetuju tanpa bertanya tentang siapa dan berapa ramai wakil ARG pun. Bagi saya datang lah berapa orang sekalipun, saya berminat mendedahkan kemungkaran aliran ini dan ingin mendengar jawapan balas kalian justeru berbincang tentangnya.

Tetapi di sini bermula episod running man yang paling epik dalam sejarah wacana Malaysia.

Mereka tidak mahu tajuk tentang individu, mereka juga letakkan syarat mahu debat susulan tentang Wahabi pula.. saya langsung setuju dengan syarat-syarat.

Pusing punya pusing, akhirnya ARG hanya mahu berbincang berkaitan 1 tesis yang ditulis tentang syeikh Nazim. Kalau mahu berbincang tentang tajuk dan tema tesis tersebut pun saya bersetuju agar aliran Tarekat ini dapat diwacanakan.

Tesis Fatwa

Sebaliknya mereka mahu saya datang mempertahankan tesis itu semata-mata sedangkan saya sendiri akan mengkritik sebahagian isi kandungan tesis itu. Ini lawak antarabangsa yang ARG saja mampu buat sepanjang pengalaman saya berdialog dan berdebat. Kita berdepan dengan krisis fatwa, sebuah aliran yang sekian lama diharamkan telah tiba-tiba dibenarkan oleh pengerusi MKI.

Kita mahu berbincang tentang aliran dan fitnah yang tersebar di tengah-tengah masyarakat sebaliknya ARG hanya memikirkan pintu untuk cuba berlari-lari.

Biarlah gambar berbicara agar sejarah kenal kehebatan kumpulan ini berlari-lari.

Terima kasih kepada pimpinan KUIPs Dr Rozaimi Ramle di atas cubaan dan kesabaran tinggi terus mengejar setiap kali ARG cuba berlari.

Kita boleh terus mencuba sebaliknya kalau kalau tuan badan tetap tak mahu, akan dicarinya juga mana-mana lorong yang ada untuk terus berlari.

salman ali wahabi

Tuan Guru Ahmad Rozaini

Admin menerima beberapa potongan video kuliah Tuan Guru Ahmad Rozaini yang memaparkan mafhum ucapan tentang kesediaan beliau untuk bertemu dengan pihak yang kerap beliau gelarkan sebagai ‘wahabi’ dan bukan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Siri ucapan begini yang mendorong penganjur agar pertemuan ilmiah antara Tuan Guru Ahmad Rozaini dan Ustaz Salman Ali berjaya direalisasikan.

Objektif pertemuan ini bukan memanjangkan isu yang telah lama dibincangkan para ulama’ sekian lama…tetapi sikap menghampiri takfiri dalam menguruskan perbezaan berhubung isu khilafiyah adalah perlu diperbetulkan. Atau meluruskan silap faham yang terjadi.

Perlu dihormati perbezaan silam yang muncul tanpa takfiri atau bahasa yang kasar. Sekiranya ada salahfaham…kita harmonikan.

Semoga dimudahkan hasrat dan usaha ini dan merahmati kedua-dua panel yang dijemput.

Kronologi Isu Dialog ARG, Dr Ayman Al-Akiti dan Ustaz Salman Ali

– Wakil KUIPS hantar jemputan kepada Dr Ayman al-Akiti

– ARG pula yang respon di Facebook update nasihatkan supaya Dr Ayman tidak ambil bahagian.

ARG berminat untuk ganti walaupun tidak dijemput pada asalnya. Mereka hanya menyelit, tapi:

¹. ARG berminat untuk diskusi jika tajuk diubah dengan tajuk lebih professional.

². ARG minta untuk diadakan pula dialog berkaitan bertajuk:

Wahabi: Aliran ASWJ ataupun bidaah dholalah

Setelah dialog berkaitan isu tareqat ini.

– ARG tidak dijemput pun asalnya, tapi mereka sendiri yang menawarkan, bukan saja tawar untuk menggantikan, tapi request pula perkara lain.

– Ustaz Salman Ali bersetuju dengan syarat pihak tertentu. Termasuk dialog isu wahabi pun Ustaz Salman setuju untuk turun. Tukar tajuk asal berkaitan Nazim al-Haqqani kepada tajuk Tareqat Nasyabandiah al-Aliyyah pun Ustaz Salman setuju.

– Kita tunggu apa lagi syarat selepas ini? Adakah terdapat syarat-syarat lagi yang ingin dikemukakan?

– Kita masih tidak melupakan Dr Ayman al-Akiti dalam isu ini

Jika dialog isu wahabi nanti saya menantikan, Part Ustaz Salman Ali tanya, berikan nama orang yang berfahaman wahabi di Malaysia atau Perlis. Adakah Dr Rozaimi dan AJK Fatwa Perlis ada sekarang berfahaman wahabi?

Apa yang ARG akan jawab nanti? Adakah akan berani menjawab “ya Dr Rozaimi adalah wahabi”, ataupun mereka hanya beri jawapan berlapik atau tidak direct, sebab jika melabel orang lain sebagai wahabi boleh buat laporan polis.

Beranikah mereka menyebut secara “ta’yin” spesifik si fulan Dr Rozaimi itu wahabi, ataupun mereka sekadar berselindung dengan jawapan:

“ciri ciri wahabi adalah sekian sekian, JIKA dia ada ciri itu, maka secara zahirnya beliau adalah wahabi, tapi kami tidak kata dia Wahabi”

Apa lagi syarat ARG selepas ini ? Ustaz Salman Ali beritahu semalam beliau tidak kisah jika ARG bawa dua tiga orang panel dalam dialog. Salman Ali Wahabi ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply