Pesan Hamka Untuk Pendidik

pesan hamka untuk pendidik

Pesan Hamka Untuk Pendidik ? Buku Pesan Hamka untuk Pendidik karya Muhammad Shah Ahmad Nor. Sebuah buku yang memecah belenggu pemikiran dan kemelut hati golongan pendidik tidak kira sama ada guru di sekolah menengah, guru di sekolah rendah, guru di peringkat universiti, guru di kolej, guru di tadika, guru di rumah dan guru-guru lain yang mendidik segala aspek dalam kehidupan termasuklah ibu bapa yang merupakan guru kepada anak-anak.

Buku ini membawa kita menelusuri kisah Buya Hamka itu sendiri yang merupakan seorang anak yang nakal semasa membesar di mana beliau juga mempunyai guru yang tidak disukai dan juga guru yang amat dicintai.

Antara kata-kata yang memberi makna dan agak terkesan kepada saya dalam buku ini ialah;

Berdamai dengan kenakalan anak didik. Adakah ini bermaksud pendidik perlu membiarkan sebuah kenakalan? Tidak. Teladan kisah Hamka menjadikan pendidik dengan optimis dengan kenakalan anak murid dan jangan putus harap dengan anak murid yang nakal. Mungkin anak nakal itu bakal menjadi tokoh pada masa hadapan. Siapakah lagi yang harus membimbingnya jika bukan seorang pendidik?

Pendidikan Islami itu rahmah, bukan marah-marah. Ini intipati dari pesan Nabi Muhammad SAW kepada Muadz Bin Jabal r.a, “Berilah kemudahan dan jangan mempersulit. Berilah khabar gembira dan janhan membuat mereka lari.”

Pendidik, tajamkan gergajimu. Pendidik juga perlu mengambil ruang dan waktu untuk menajamkan gergaji. Hal ini mengambil iktibar dari kisah Hamka yang dipenjara namun di dalam penjara, beliau mampu menamatkan penulisan Tafsir al azhar 30 juzuk. Ini antara hasil apabila Hamka menajamkan gergajinya.

Banyak lagi intipati penting di dalam buku ini yang mampu memberi makna yang besar kepada golongan pendidik.

Terutamanya dalam era moden yang serba mencabar ini, pendidik sering disuguhi dengan pelbagai cabaran dan akhirnya membawa kepada kemurungan dan stres yang tidak dijangka. Semoga buku ini mampu menjadi penawar dalam lelah dan penat yang dirasa. Pendidik, kita mempunyai tugas yang besar dalam memanusiakan manusia, bukan sekadar untuk mereka lulus dalam akademik semata-mata tetapi berusaha untuk membentuk sahsiah dan peribadi mereka.

Kita tahu tak yang Pak Hamka adalah individu yang menentang pembelajaran secara hafalan?

Dalam buku beliau Peribadi Hebat “Kalau semua apa yang dibaca lantas ditelan sahaja, hilanglah jiwa kritis yang ada pada kita”. Manusia diberikan akal untuk berFIKIR dan itu juga yang membezakan manusia dari makhluk lain.

Dalam buku Pesan Hamka Untuk Pendidik. Kita guru selalu fokus “bagaimana” untuk belajar tapi kita terlepas pandang untuk menekankan “Kenapa” perlu belajar? Sedangkan jika Kita mampu terapkan “Kenapa” kepada anak murid, pasti PROSES belajar itu menjadi lebih semulajadi bukan paksaan.

Ada banyak lagi Pesan Hamka pada Pendidik. Saya sudah membaca versi yang sebelumnya cuma kali ini diberi nafas baru. Link diruang komen jika mahu sebagai bacaan sendiri atau hadiah pengganti diri.

Pesan Hamka Kepada Pendidik

Kebelakangan ni memang sangat sibuk, sekarang baru ada lapang sikit. Barulah ada masa nak baca buku baru. Buku apa? Hari ni saya baca buku tentang Hamka. Ramai tak yang kenal Hamka? Penulis dan tokoh tersohor dari Indonesia. Tajuk buku ini ialah Pesan Hamka Kepada Pendidik, karya saudara Muhammad Shah Ahmad Nor.

Kita semua sebenarnya adalah pendidik. Paling kurang, pendidik diri sendiri serta pendidik isteri dan anak-anak. Dan untuk menjadi pendidik yang berkesan, kita perlu belajar bagaimana untuk mendidik. InsyaAllah, mutiara ilmu daripada buku ini akan saya cuba terapkan dalam kehidupan seharian. You all ada cadangan buku lain yang patut saya baca?

JOM DAPATKAN EDISI KEMASKINI BUKU “PESAN HAMKA KEPADA PENDIDIK”

“Jiwa seorang pendidik sentiasa bersedia memberikan yang terbaik untuk para anak didiknya kerana mereka tahu, mendidik ini hasil besarnya bukan segera. Pendidikan adalah solusi jangka panjang buat kebejatan ummah. Mungkin juga sang pendidik tidak sempat melihat hasil didikannya di sini. Tetapi lebih penting adalah di sana (akhirat).”

#PesanHamkaKepadaPendidik, #KaryaMuhammadShah, Hanya RM25 sebuah. POS PERCUMA seluruh Malaysia !!! EDISI KEMASKINI dengan tambahan 3 artikel baru. LAYOUT BARU yang lebih kemas. DISKAUN TAMBAHAN bagi pesanan pukal minima 10 buku. PESAN SEKARANG di whatsapp:

@ klik www.wasap.my/601129062609 , #bukujt, #pesanhamka, #membacauntukmendidik

Isi Kandungan Buku “PESAN HAMKA KEPADA PENDIDIK”

1-Penghargaan

2-Sekapur Sireh

3- Tinta Penulis

4- Visi Pendidik Kepada Anak Didiknya

5- Menulislah Untuk Mendidik Dirimu

6- Perjuangan Reformasi Pendidikan Oleh Hamka

7- Airmata Seorang Guru Al-Quran Di Batipuh

8- Berdamai Dengan Kenakalan Anak Didik

9- Pendidikan Islami Itu Rahmah Bukan Marah-Marah

10- Menyubur Keberanian Dalam Menyatakan Kebenaran Dalam Jiwa Anak Muda

11 – Kbat Antara Benteng Kepada Ancaman Khurafat

12 – Suasana Yang Kondusif Untuk Menggalakkan Kbat

13- Jiwa Pendidik Seorang Imam Masjid Ula Batipuh

14- Apabila Anak Bercerita Tentang Kebaikanmu

15- Jangan Serahkan Hidupmu Kepada Suasana

16- Hikmah Ujian Buat Pendidik

17- Bukti Cinta Hamka Kepada Pendidikan

18 – Nilai Perjuangan Dalam Jiwa Seorang Pendidik

19 – Peranan Doa Ibu bapa: Teladan Dari Pesantren Buya Hamka Maninjau

Nilai Sebuah Cinta Dalam Pendidikan

20 – Nilai Sebuah Cinta Dalam Pendidikan

21 – Nilai Sebuah Cinta Dalam Pendidikan 2.0

22 – Nilai Sebuah Cinta Dalam Pendidikan 3.0

23- Tulislah Dari Hatimu

24- Setiap Kesukaran Akan Hadirnya Kemudahan

25- Penawar Kepada Stres: Petunjuk Qurani Buat Pendidik

26– Hidup “Kedua” Seorang Pendidik

27– Berlapang Dada-Lah Menanggapi Segala Kritikan

28 – Wira Yang Tidak Didendangkan Dalam Sebuah Sekolah

29 – Kezuhudan Seorang Pendidik

30 – Alangkah Besarnya Perananmu Wahai Pendidik

31 – Hikmah Sebuah Kekhilafan

32 – Munajat Seorang Pendidik

33 – Cabar Dirimu, Keluarkan Potensimu

34 – Praktis Dakwah Dalam Pengajaran

35 – Pendidik, Tajamkan Gergajimu

36 – Kemuncup Dalam Perjuangan Pendidikan

37 – Bersatulah Demi Sebuah Pendidikan

38 – Apabila Anda Didoakan Sekalian Makhluk

39 – Mendidik Tentang Kematian

40 – Peliharalah Pendidikanmu Dari Kebatilan

41 – Pendidik Harus Selalu Menuntut Ilmu

42 – Pembelajaran Melalui Pengalaman

43 – Teruskan Amal Baikmu Wahai Pendidik

44 – Kenangan Apakah Yang Ingin Kita Tinggalkan?

45 – Jangan Berhenti Beramal Hingga Akhirnya

46 – Senarai Rujukan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply