perkataan kesat dalam ceramah

Perkataan KESAT Dalam Ceramah ? Ceramah agama ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bahkan ramai kanak-kanak yang hadir mendengar kuliah agama. Alasan seperti “orang Terengganu memang kasar, orang Kedah memang lagu tu” adalah tidak wajar dijadikan alasan kerana hadirin yang mendengar adalah pelbagai negeri.

Elakkanlah perkata kesat dan kasar dalam penyampaian apatah lagi isyarat lucah. Ketegasan tidak memerlukan makian. Jangan pula ceramah agama menjadi tempat anak-anak kita belajar perkataan makian dengan menganggap ia makian syar’ie sebab ustaz popular yang lakukan.

Ingat hadis Nabi sallallah alaih wasallam ini:

ليس المؤمن بالطعان، ولا اللعان، ولا الفاحش، ولا البذي

Bukanlah orang mukmin itu pencela, pelaknat, penutur ucapan kotor dan penutur perkataan jelik. (HR al-Tirmizi, hadis hasan). Sekadar peringatan untuk diri saya dan kita semua. Dr Rozaimi Ramle.

Menteri Agama dah bersuara.

Ini yang aku kata. Selain dari tauliah, jabatan agama negeri kena tengok cara ceramah dibuat. Sekiranya ceramah dipenuhi dengan kata-kata kesat, mencela dan takfir, maka semestinya tauliahnya ditarik balik.

Tiada antara kita yang suka kalau guru memaki hamun dalam kelas. Jadi mengapakah kita boleh relakan para ustaz mencaci-maki dan menuduh orang lain sebagai kafir dan sesat sesuka hati dalam masjid? Guane boh?

Usrazh Azhar sorg je bunyi pasal PM kata pemuda kahfi tu kristian

Ustaz ustazah lain?duk sibuk wat skrip nangis masa ceramah,neleh airmata kesat gn tisu…mufti mufti? mufti kije dia tegur rakyt je..pemimpin ye x tegur.jabat agama? sama ah gn jabat lain kaunter 10 buka 1…kul 10 masuk jabat kul 11 tubik minum erek sapa petang.

Tinggal di UK aku pernah pergi ke masjid yang bermacam jenis orang dari seluruh dunia.

Ada dipanggil masjid Arab, masjid Pakistan, masjid orang Gambia pun ada. Walau dilabel begitu, jemaah sebenarnya bercampur dari bermacam-macam negara. Cuma satu perkara yang rasa kagum dan aku belajar…

Tidak berbalah, tidak menghukum walau berbeza mazhab, tidak menyesatkan kumpulan lain, tiada sentimen politik, tiada “claim” bahawa kumpulan ini lebih islam, tiada ”claim” imam mereka lebih mulia. Bahkan semua pakat mempromosikan islam itu agama yang harmoni.

Maka aku tak pelik apabila data mengatakan Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di Eropah. Apabila membaca isu-isu tentang Islam di Malaysia kadang rasa takut.

Mudah menyesatkan kumpulan, menghukum dengan keras, menggunakan kata kesat, lucah dalam ceramah, merasakan kumpulan mereka lebih Islam, ustaz mereka lebih mulia, bercampur sentimen politik, melabel dan mengecop kumpulan tertentu dan pengikut saling berbalah antara satu sama lain.

Agak bahaya jika budaya dan pemikiran begini terus membentuk Islam di Malaysia. Moga ada perubahan di masa depan…Muhamad Z. #bersederhanalah #janganemosi

Saya tertarik dgn sebuah cerita Umar Al Khatab.

Suatu hari Khalifah Umar melewati sebuah masjid di dlmnya ada sekelompok anak muda. Mereka begitu asyik beribadah, bahkan ada salah satu dari mereka sangat khusyuk. Khalifah Umar kemudian masuk ke dlm masjid dan menegur mereka.

Anak2 muda itu memperkenalkan diri mereka dan memberitahu mereka sdg sibuk beramal kpd Allah sambil meminta rezeki. Lalu Umar meninggikan suara kpd mereka, “Hai, anak muda, keluarlah dari masjid dan bekerjalah! Jgn kalian menjadi pembohong. Harus kalian tahu, Allah tidak menghujankan emas dari langit.”

Ucapan Khalifah Umar itu membuat anak muda itu terkejut. Mereka sebelumnya berharap pujian dari Khalifah Umar. Khalifah Umar berpesan, “Hai umat manusia carilah rezeki di muka bumi, jgn kalian menjadi beban org lain. Bekerjalah!”

Moral dari cerita ini Islam tidak menyuruh kita meminta minta. Berusahalah sendiri… sdgkan dlm solat hajat mu tetap minta bersedekah jadi apa yg tinggal keihklasan diri mu dlm amalan. Kasihanilah ramai mereka yg kurang ilmu, kurang pendidikan, kurang faham tentang agama… yg kamu tipu mereka atas nama agama.

Ingatlah…Rasulullah boleh kaya dengan mudah hanya minta duit daripada sahabat tapi Rasulullah tidak berbuat demikian..jika rumah Rasulullah tiada makanan baginda berpuasa..kita jauh daripada Sunnah..kita ambil kesempatan peribadi dengan menggunakan agama.

Yes ini yang aku maksudkan Islam

bukan hanya pada kecaman yg konon teguran2 seperti “bau2 neraka dia ni” “Kau kafir ke Islam pakai tak tutup aurat” “Kau tak solat ni tu bla bla bla”, “yang pergi konsert2 ni pengikut2 dajjal” hachik kau lah. Kesan kesedaran dengan akhlak dan doa ni, mujarab ya tuan2. Jika hendak beri teguran, biarlah berhikmah.

Kalau ada ulama’ atau penceramah atau tokoh agama tapi tidak mengangkat nilai akhlak dan berkata2 busuk atau kesat dalam pertuturan, datanglah berjuta dalil dan ceramah serta teori2 merapu keluar dari bibirnya, tidak aku dengar.

Ada yang kata “Akhir zaman ni, Ulama’ yang ramai benci itulah sebenarnya yang patut kita dengar”, masalahnya yang kau kata ramai benci tu lah yang berjuta2 orang suka dan ramai pentaksub2 fanatik yang bebal mempertahankannya malah melabel orang yang tidak sependapat sebagai kafir atau jahil. Nauzubillahiminzalik. Renungkanlah. Perkataan KESAT Dalam Ceramah ?

Malu teramat sangat

melihat telatah ramai rakyat Malaysia membuat komen di Facebook Live terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang sedang membentang bajet 2017 kini. Tak setuju dengan PM, marah, benci dan mahu mengkritik beliau pun biar beradab dan jangan sekali mengeluarkan kata kesat, caci dan maki.

Melayu, Cina dan India sama. Jika patah balik belakang tindakan biadap yang sama didapapi Tun Mahthir dan Pak Lah dalam Internet dan ceramah.

Teruk betul akhlak mereka. Saya pergi dan tinggal di banyak negara, tetapi tidak pernah melihat ada rakyat negara-negara itu bertindak bodoh dan biadab terhadap pemimpin negara walaupun mereka tidak suka dan benci pemimpin mereka. Begitu juga di negara bukan Islam saya, Thailand.

Sebenarnya saya dah lama nak tanya Lim Kit Siang (林吉祥) tentang isu sensitif ini.

Semasa memberi ceramah dalam bahasa Cina untuk pilihanraya Sarawak dahulu, Superman Hew Kuan Yau pernah suruh pengundi Cina mengundi calon Melayu supaya dia boleh skrew orang Melayu sendiri.

Bila Kit Siang ditanya wartawan, dia kata tiada tindakan disiplin perlu diambil terhadap Hew kerana bahasa Hew cuma kesat sedikit tetapi tidak bersifat perkauman.

“Bahasanya kesat tapi bukan rasis, kata Kit Siang” https://www.malaysiakini.com/news/341031. Maka, soalan kepada Kit Siang ialah adakah ianya bersifat perkauman jika ada pihak lain mengeluarkan kenyataan suruh pengundi skrew bangsa-bangsa tertentu ketika berkempen? Perkataan KESAT Dalam Ceramah ?

Leave a Reply