Megan Rice Peluk Islam ?

megan rice peluk islam

Megan Rice Peluk Islam ? Hikmah yang tersurat..ALLAH sebaik baik perancang..Asalnya Megan Rice mula mengkaji Al quran, kerana dia ‘pelik’ dan ‘kagum’ dengan kekuatan iman rakyat pal3stin3, Walau hilang hampir segala galanya, tapi iman mereka tidak langsung tertanggal.

Hari2 Megan live di tiktok cerita apa dia jumpa di dalam Al Quran, aksi ceria nya meng express setiap temuan baru dalam Al Quran membuatkan ramai follower nya ikut serta mengkaji Al quran.

Dan setelah berdialog dengan beberapa orang ahli Quran jemputan nya..Harini… Megan Rice mengucap syahadah di dalam satu persalinan baru yang indah. ALLAHU AKBAR!!

Pempengaruh TikTok Amerika Syarikat (AS), Megan Rice memeluk Islam

selepas dia memberitahu kelab bukunya bahawa dia mula membaca al-Quran secara langsung di platform TikTok.

Rice dikatakan mendapat inspirasi daripada rakyat P4lestin di G4za yang tabah menghadapi detik pembunuhan beramai-ramai tetapi masih berpegang pada iman mereka.

“Jadi, hari ini saya membuat video yang mengatakan betapa saya kagum dengan keimanan rakyat P4lestin.

“Ini kerana mereka mempunyai kepercayaan yang kukuh walaupun terpaksa menghadapi kehilangan segala-galanya secara literal.

“Saya juga ingin tahu tentang apa… bagaimana… walaupun dalam pembunuhan beramai-ramai, kepercayaan P4lestin begitu kuat,” katanya.

Tiktok saya selalu keluar Megan Rice ni bercerita pasal al-quran.

Siap ada book club membincangkan tentang peraturan islam, hak perempuan, ilmu sains yang mengkagumkan dia. Banyak point-point yang dia bersetuju.

Ada juga tiktokers seperti jackattack pun membincangkan fakta-fakta menarik yang dia temui didalam Al-Quran rasanya malam tadi dia dah mengaku sudah bersyahadah dalam bahasa inggeris tapi belum officially dalam bahasa arab.

Begitu juga dgn tiktokers dravonishere sebelum-sebelum ni dia banyak share tentang perkara-perkara mistik, sihir, ritual, tetapi sejak dia (dia claim) ketahui yang orang islam sangat susah disihir menyebabkan dia mengkaji islam dan latest post dia claim dah revert to islam.

Ini baru 3 orang yang followers mereka puluh ribu dan ratus ribu.

Sebenarnya ada ramai tiktokers begini.Skala tersebarnya kesedaran tentang islam dan al-quran sangat besar kali ni. Pasti memberikan impak positif kepada dunia islam untuk long term.

Ramai lagi yang begini, asbab membaca alquran translation. Di negara mereka al-quran translation ada level mudah dan level deep. Bagus betul penulis penulis disana.

Ramai orang islam Palestine dibunuh, Allah gantikan dengan reverters islam lebih ramai. Saya berharap ini bukan sekadar content mereka. Harap mereka ikhlas dan Allah bantu mereka mudahkan urusan.

Masyaallah Tabarakallah

Megan rice ni start baca Al-Quran bila isu isNotReal dengan Palestin ni meletup sejak sebulan lalu. Yang buat dia start baca Quran dan tafsir Quran sebab dia curious betul kenapa orang-orang Palestin tetap ndak berenti sebut nama Allah walaupun dorang habis kena bom sampai tiada makanan tiada tempat tinggal. Kenapa orang-orang Palestin masih teguh imannya biarpun tinggal sehelai sepinggang.

Kakak paling suka waktu dia baca tafsir Quran tentang bulan dan matahari. Dia eloberate tu betul-betul syok kita dengar. Allah bagi kefahaman kepada dia. Itu hikmah terbesar sebenarnya sampai dia decide untuk peluk islam.

Menitik jugak lah air mata kakak lepas dia syahadah tu. Betapa perancangan Allah sungguh indah. Ramai yang syahid di Palestin buat kita sedih tiada kesudahan. Tapi Allah hadirkan kegembiraan jugak buat kita bila ramai saudara baru kita memeluk islam. Allahuakbar .

Subhanallah…Megan Rice. Baru masuk islam 2 hari lepas.

Sangat ramai non muslim mula baca quran selepas melihat utuh dan cekal hati umat islam di Plstin. Ramai orang seperti Megan Rice yang kagum dengan Quran. Melihat umat Islam hafal seluruh Quran.

Dan sangat ramai juga yang tertarik dengan maksud ayat ayat Quran bila mereka sendiri membacanya satu per satu.

Malah, muslim pun ramai yang akui sharing dari non muslim seperti Megan Rice (sebelum dia masuk Islam) telah mendorong muslim sendiri untuk baca semula Quran dan kaji isinya sepertimana non Muslim cuba telaah Quran.

Allahu. Dunia dan kehidupan ini penuh misteri. Sesungguhnya Allah itu sebaik baik perancang.

Ni satu lagi berita ceria hari ini.

Startnya Megan Rice wanita Amerika ni ikut perkembangan di Fhi list tin. Dia curious, agama apa yang jadikan penduduk situ kuat semangat gitu. So, dia pun start baca al-Quran, kitab orang Islam. Yang bagusnya dia baca dari mula, tak skip² dan tak main petik ikut suka.

Bila ada ayat-ayat yang buat dia kagum, dia buat video clip. Ramailah non-Muslim kutuk dia. Ada sekali tu dia tunjuk kitab² agama lain yang dia dah baca. Tapi al-Quran betul² buat dia teruja. Kita yang follow perkembangan dia baca al-Quran dapat rasa tak lama lagi dia ni peluk Islam ni.

Alhamdulillah, baru kejap tadi up video dia ucap syahadah. Di sebalik kesusahan itu ada kesenangan. Maka nikmat yang manakah dari Tuhanmu yang kamu nafikan? megan rice peluk islam ?

Allahuakhbar! Megan Rice ucap syahadah!

Video/live Megan ni mmg slalu lalu lalang dekat TT. Dia baru je bljr pasal alquran & islam start drpd isu Palestine baru2 ni. Siap ada book club bincangkan pasal Islam & alquran yg kagumkan dia. instinct Mar kuat rasa dia memang akan masuk islam.

Sorg lagi ACC TT ‘jackattack’ drpd seorang Jewish, peluk islam. Semoga Islam sentiasa dalam hatimu & semoga anda terus buka mata manusia lain untuk menemui agama yang sebenar. Amin. megan rice peluk islam ?

Rice merupakan pempengaruh media sosial terawal

yang mula membaca dan mempelajari kandungan al-Quran, selepas melihat bagaimana penduduk Palestin yang diuji dengan begitu berat, masih mampu bersabar dan tidak menyalahkan takdir.”

Inilah manifestasi “شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ” dalam surah Al-Baqarah:143 :

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply