Maksud Duli Yang Maha Mulia

Maksud Duli Yang Maha Mulia

:: DULI ::

πŸ§”πŸ» Maaf sayang, abang tak dapat tolong sayang lipat baju

πŸ§•πŸ» Takpe.

πŸ§”πŸ» Tapi pagi tadi abang ada tolong sapu rumah sikit kan?

πŸ§•πŸ» Tu bukan sikit tu bang. Banyak tu. Saya memang tak larat dah nak sapu rumah sekarang ni

πŸ§”πŸ» Bagi sayang banyak, tapi bagi abang tu macam DULI je

πŸ§•πŸ» Ha? DULI? Apa yang DULI? Ke GULI?

πŸ§”πŸ» Duli. Tau kan maksud DULI tu apa?

πŸ§•πŸ» Tak tahu

πŸ§”πŸ» DULI tu maksudnya HABUK. Kira nak cakap abang tolong sapu rumah tu sebenarnya takde ape pun la, kecik je

πŸ§•πŸ»Jap, ni DULI ni same ke dengan DULI YANG MAHA MULIA tu??

πŸ§”πŸ» Yelaa, tu la dia πŸ˜…

πŸ§•πŸ» Laaa, kira maksud DULI YANG MAHA MULIA tu nak cakap SULTAN ni macam HABUK sahaja bagi YANG MAHA MULIA (ALLAH). Macam tu ke bangg??

πŸ§”πŸ» Lahh, baru tahu kee??? Tu la maksudnyaa. Saya dari sekolah rendah lagi dah tahu 😎

πŸ§•πŸ» Serius ahhh, nak tahu takk. Saya dari dulu kalau nyanyi Lagu Negeri Selangor , perenggan pertama tu saya akan sebut DULI je, YANG MAHA MULIA tu saya senyap tau.

Sebab saya ingatkan lagu tu memuliakan Sultan macam Allah sampai guna MAHA MULIA πŸ˜… So saya memang tak pernah sebut pun perkataan YANG MAHA MULIA tu kalau nyanyi lagu negeri Selangor πŸ˜‚

Walhal betul la kan lirik tu. Bukan dia muliakan Sultan macam Allah pun kann. Nak cakapnya Sultan tu memang Hamba Allah la kann.

πŸ§”πŸ» Hahaha. Ni kira dulu awak palatao la ni 🀣

πŸ§•πŸ» Yaa, saya palatao πŸ˜‚

**********

Siapa baru tahu jugak maksud Duli Yang Maha Mulia ni? Ke saya sorang je yang NOOB tak tahu selama ni 😌

Kalau ada yang baru tahu, jom la mengaku sekali. Takde la rasa keseorangan sangat πŸ˜‚

***********

Hebat betul ya Bahasa Melayu ni. Mendalam sungguh.

Satu lagi yang saya baru tahu, berkenaan gelaran Seri Paduka Baginda.

Dulu-dulu rasa macam β€œkenapa guna gelaran Baginda pada Sultan sedangkan dalam bahasa Melayu, Baginda ni kita gunakan untuk merujuk kepada Rasulullah s.a.w”

Rupanya maksud Seri Paduka Baginda ni Cahaya (Seri) Capal (Paduka) Rasulullah s.a.w (Baginda). Mind blown betul bila tahu maksud gelaran ni 🀯

Rupanya gelaran tu menunjukkan hebat mana pun Sultan kita, kemuliaan mereka tidak akan lebih dari mulianya Capal Nabi Muhammad s.a.w.

Berseni betul bahasa Melayu ni. Dari segi penggunaan bahasa ni sahaja kita dah nampak, betapa dari awal institusi kesultanan tidak terpisah dari agama Islam itu sendiri.

Semoga Allah merahmati Sultan-Sultan kita, semoga mereka dapat menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini

Salam Jumaat semuanya 🌹

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ£Ψ΅Ψ­Ψ§Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ§Ψ±Ωƒ ΩˆΨ³Ω„Ω…

Pssst, sekarang dah boleh nyanyi Lagu Negeri Selangor dengan penuh bangga πŸ™ˆ

Leave a Reply

%d bloggers like this: