Kes Perniagaan Jadi Riba ?

kes perniagaan jadi riba

Kes Perniagaan Jadi Riba ?

  • KES MANA YANG HARAM?– HURAIAN JAWAPAN
  • KES 1 – Harus
  • KES 2 – Haram (terlibat riba)

Alhamdulillah & Syabas! Hampir semua jawapan yang diberikan adalah tepat.

Dalam kedua-dua Kes 1 & 2, Aminah memerlukan RM50,000 untuk menjayakan bisnes beliau. Rohani bersetuju untuk memberikan wang tersebut untuk menjadikan jumlah modal RM100,000 (50:50).

Dalam Kes 1, untung atau rugi sebenar dinikmati atau ditanggung bersama-sama berdasarkan nisbah yang dipersetujui. Ini adalah dasar/kaedah perkongsian risiko sebenar dalam Islam yang berasaskan akad musyarakah. Untung dan rugi sebenar dikira dan dibahagi setelah projek selesai atau di hujung tahun kewangan.

Dalam Kes 2, walaupun nisbah modal sudah dipersetujui sama demgan Kes 1, namun Aminah bersetuju (atau redha) untuk menanggung semua risiko kerugian. Aminah juga janjikan modal dikembalikan bersama-sama keuntungan 20% dari modal (RM10,000) walaupun Aminah boleh untung atau rugi. Ini bermakna jika untung berkurangan daripada 20% atau perniagaan itu rugi, Rohani tetap dijamin pulangan modal dan keuntunga.

Ini adalah bersalahan dengan syarat-syarat akad musyarakah.

Adalah haram jamin untung dalam pelaburan. Pelaburan ialah satu akad perkongsian risiko, maksud risiko ialah ada kemungkinan rugi.

Ini juga adalah berdasarkan kaedah fiqh seperti berikut (al-Nadwi Ahmad 2000), maksudnya: Perolehan keuntungan adalah dengan menghadapi risiko. Maksudnya juga jika perniagaan atau pelaburan tiada risiko (seperti janjikan pulangan modal dan/atau untung), maka hilanglah elemen risiko.

Janji kembalikan modal dalam pelaburan akan menukar sifat akad ini kepada akad pinjaman dan apabila dijanjikan modal dan untung, akad bertukar menjadi akad pinjaman dengan riba, tak kira samada untung tetapi atau tidak.

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan: “Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba” (Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat).

Kami ucapkan syabas kepada mereka yang beri jawapan betul, khusus kepada mereka yang bukan sahaja beri jawapan betul, malah berikan huraian jawapan.

Kami akan berikan lebih banyak contoh di masa akan datang. Namun, untuk faham kenapa sesuatu akad atau kaedah itu dibolehkan atau tidak, perlu belajar asas-asas muamalat. Walau banyak mana contoh sekalipun diberikan kita mungkin tidak akan faham dan terus keliru jika kita tidak mempunyai asas ilmu muamalat. Lebih parah lagi yang halal kita haramkan dan yang haram kita halalkan. Kes Perniagaan Jadi Riba ?

Ilmu muamalat adalah ilmu fardhu ‘ain.

Oleh itu, kami ajak semua untuk belajar ilmu asas-asas muamalat dengan daftar kelas Bengkel Sehari Asas Muamalat Lariba Tahap 1 ketiga yang akan diadakan secara online pada Sabtu, 27 Januari 2024. Boleh daftar di sini https://ezy.la/BengkelAsasMuamalatLariba

Semoga bermanafaat. Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan. Jauhi dosa besar riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan rasulNya. Insha Allah…

Riba Haram Vs Jual Beli Harus

Adakah Islamic bank dengan bank konvensional sama? Ya, sama. Kalau kedua-duanya hutang maka memang sama. Kita tak pernah kata hutang islamic bank tak kena bayar atau hutang konvensional kena bayar.

Bezanya ialah satunya akad jual beli dengan semua rukun dan syarat serta implikasinya, satu lagi akad riba. Riba dan Jual beli kelihatan sama sebab itu masyarakat Yahudi zaman dahulu menyamakan riba dan jual beli.

Firman Allah:

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Kes Perniagaan Jadi Riba ?

Isu bank islam ni rasanya semua faham ianya bukan riba.

Tapi kenapa ramai sangat anggap ianya riba? Mudah. Sebab mereka kaitkan keuntungan dengan riba. Pemikiran macam inilah yang menyebabkan ramai orang salah faham dengan sesuatu isu. Dia tak asingkan isu-isu tertentu untuk dibahas pada waktu berbeza.

Ulamak sependapat tentang kaedah bank islam ni. Ulamak tak mengaji ker? Isu riba bank islam sudah selesaikan mengikut kaedah islam. Itu isu pertama. Isu kedua pula mereka kaitkan. untung = Riba.

Kenapa so called islamic ni ambil untung banyak sangat? Ini yang ramai orang tak puas hati. Isu untung orang berniaga ni bukan zaman ada bank islam jer, dari zaman mengaji quran dulu tok nenek kita takut nak ambil duit sebab takut di cap jual agama.

Sedangkan isu nya berbeza. Memgajar mengaji ini ibadah. Memang percuma. Kos masa mengajar itu mestilah dibayar sebab dari mengajar kau mengaji, baik buat kebun dapat duit.

Benda mudah macam ni masyarakat susah faham sebab dia lagi suka dengar cerita orang dan baca whatsapp dari cakna nak ambil buku atau belajar bab yang dia perlu faham. Sudah nya? Semua di pukul rata riba dan tunggang agama.

Rumah makin mahal adalah kerana RIBA.

Shariah compliance tang mana lah tu ? Kau tengok sajalah link bawah ni penerangan mamat yang kuat bekap islamix bengking akhirnya nampak kedunguannya.

https://www.facebook.com/pendekarmuda30/posts/10218838326420852

Dah banyak aku tulis pasal islamix bengking ni. Hanya si jahil dan yang ada penyakit wahn saja yang kata ianya tiada riba. Letaklah istilah nama apa sekalipun financing ke, gharamah ke, ta’widh ke, bai innah ke, bai bithamin ajil ke, al ijarah tsumma bai ke tawarruq ke, hanya yang jahil saja tak nampak semua ni.

Bila dah namanya beng of course ianya tertakluk bawah bnm sememangnya produknya adalah wang mana ada rumah, kereta.

Kalau jual beli of course kau nak beli kereta, rumah ke direct je pergi beng sebab mereka ada aset tapi ke mana kau pergi untuk beli rumah kereta ? Kau pergi ke bank untuk apa ? Pinjam duit sahaja sebab mereka tiada rumah tiada kereta.

Makcik jual nasi lemak tepi jalan tu lagi hebat bisnes nya. Itu baru bisnes jual beli namanya nak beli nasi lemak dia ada nasi lemaknya. Sekarang beng just main angka digital saja maaa just tekan2 kat komputer terus masuk ke sana ke sini. Mudahnya kan duit diberanakkan.

Akhirnya terjadilah inflation.

Rumah makin lama makin mahal adalah kerana riba. Rumah asalnya harga 675k, dulu lagi murah then kena bayar 2m kerana riba ni.

Pastu yang dah kena bayar 2m ni, takkan nak jual 2m jugak rumah ni. Mesti dia up jadi 3m. Lepas tu orang lain pulak bedal loan riba bank, so kenalah pulak bayar jadi 6m akhirnya next generation kena beli rumah dengan harga puluh2 juta pulak lepas ni.

Kau letaklah nama islamix bengking ke, ikhlas, fatonah, tabligh, jannatul firdaus bengking sekalipun tetap berperang dengan Allah dan Rasul.

Yang kena dosa riba ni bukan hanya beng saja ok. Tapi termasuklah peminjam, saksi dan jurutulis.

Bertaubatlah segera sebelum masuk ke lubang kubur. Azab Allah itu amatlah berat. Dunia ni hanyalah seketika. Kita akan pulang semula ke sana.

Aku nasihat ni takda untung pun walau sekupang. Tapi sebagai peringatan agar aku dapat jawab soalan di sana ketika hisab aku dah beripun peringatan masa hayat aku di dunia ni. Terserah untuk terima atau tidak.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply