Kerajaan Melayu Champa

kerajaan melayu champa

Kerajaan Melayu Champa ? Kalau anda ingat Melayu ni ada dekat Malaysia, Indonesia dan Borneo sahaja, anda salah! Sila belajar lebih lagi ye. Bukan apa, kita perlu tahu yang sebenarnya orang Melayu ni kawasannya lebih besar, tapi kerana ditindas dari pelbagai arah, lama-lama orang ingat Melayu ni ada dekat Malaysia je.

Antara kawasan yang dikuasai oleh orang Melayu dulu adalah di kawasan Indochina sekarang ini, kalau leih tepat lagi dekat Vietnam. Salah satu kerajaan Melayu yang pernah wujud dekat situ adalah kerajaan Champa. Mungkin kita pernah dengar tapi tak ramai yang tahu yang mereka adalah orang Melayu yang telah memeluk agama Islam sejak abad ke-10 lagi. Budaya mereka hampir sama dengan apa yang kita ada sekarang.

Kerajaan Champa ni wujud sejak tahun kurun ke-2 lagi iaitu lagi tua daripada kerajaan Melaka yang hanya wujud masa kurun ke-14. Sekurang-kurangnya adanya 16 dinasti yang pernah mentadbir kerajaan Champa ni, apabila kita campur keseluruhan tahun, Champa pernah berdiri selama 1500 tahun. Tapi sayang, lepas orang Dai Viet datang dan menjajah kerajaan Champa ni, kuasa & kawasan Kerajaan Champa semakin merosot. Pada awal abad ke-19 pula, kerajaan Champa terus dijajah berikutan peperangan dan tekanan daripada Kerajaan Annam yang muncul di utara Vietnam dan Selatan China.

Kira zaman dah moden, orang Champa ni kena tindas.

Sama la mcm kita, dirompak oleh British. Tapi syukur, tanah kita masih lagi dipelihara. Akhirnya orang Melayu Champa terpaksa jadi pelarian dekat negara lain termasuklah di Malaysia sendiri. Dianggarkan hanya 500,00 orang Champa sahaja yang wujud di seluruh dunia. Melayu Champa yang masih ada di Vietnam pula dah jadi orang minoriti dekat sana.

Sedihkan, jadi orang minoriti dan terpaksa redha orang lain yang tadbir negara. Apa yang lebih sedih, ramai mereka dah tak tahu cakap bahasa Melayu dan tak tahu juga jati diri mereka sebagai orang Melayu. Jadi ini pengajaran bg kita dekat sini. Tanah kita mesti dipelihara untuk agama kita terus ditegakkan di tanah bertuah ni.

Kerajaan Melayu Champa

Champa merupakan sebuah kerajaan Melayu yang pernah wujud dalam Vietnam sekarang ini. Mesyarakat Melayu di Vietnam pernah mencipta budaya Sa Huynh pada lebih 2000 SM dan menubuhkan sebuah negara yang berasingan pada 191 bernama Linyi selepas memenangi penguasaan Cina, pada abab 6 ditukar jadi Champa.

Tahun 1471, orang Champa terhilang ibukota Vijaya pada penjajah Vietnam. Kawasan terakhir orang-orang Melayu Champa di Vietnam adalah di Khanh Hoa sampai Dong Nai, yang dikenali sebagai negeri Panduranga sebelum ia dijajah dan diduduki oleh orang-orang Viet dalam tahun 1832…

HINDU adalah kepercayaan awal orang-orang Cham, namun mereka mula terdedah kepada ISLAM pada kurun ke-9 yang disampaikan oleh pedagang dari Arab, Parsi dan Gujerat. @Museum Sejarah ( Ho Chi Minh city)

Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua sebuah Kerajaan yang cukup hebat. Kehebatan kerajaan yang mengeluarkan besi untuk dunia. Tamadun bangsanya berteraskan ekonomi. Tetapi seperti mana besi yang digunakan manusia itu asalnya bijih yang duduknya dalam, atas tanah dan sejarah peleburan besi purba dunia ini dibuka melalui pembukaan dan pengekskavasian ke atas tanah, hari ini untuk menaikkan sejarah semula ianya bermula serendah-rendahnya sama dengan tanah.

Adminah sekali sekala ingin berbahasa tersirat. Selesa berbahasa tersirat kerana Melayu itu banyaknya memahami peribahasa dan kata yang tersirat dan berlapik. Sejak tahun 2011 sehingga kini, langkahkan kakimu menapak ke kawasan di mana pasukan arkeologi awal yang membuka Tapak Arkeologi Sungai Batu ini bertempat.

Seperti mana tinggalan ditemui, kami juga seperti tinggalan. Yang membuka tinggalan bukannya mesin pengkorek automatif moden tetapi dengan menggunakan berus, pengetuk besi dan pemecah ais. Membuka satu persatu tanah yang mana tanah inilah menyimpan rahsia Melayu. Sehingga berjaya dibuka salah satunya 2,000,000 tuyere atau batang peniup angin untuk kawal suhu pembakaran besi. Itupun dengan menggunakan berus cat pintu rumah.

Masalah Peninggalan

Andaikata yang dibuka itu adalah patung-patung yang sama dijumpai di tempat lain dalam Lembah Bujang pastinya riuh negara. Tetapi yang dibuka hanyalah bata-bata merah yang bergelimpangan. Cuma satu tinggalan paling sempurna ditinggalkan. Tuyere. Besi siap pun tak tertinggal melainkan sisa besi dan sedikit jongkong besi.

Sejak 2011 sehingga kini, para arkeologis mula dan juga penulis halaman ini bergerak seperti mana berus digunakan untuk ekskavasi. Murah bersamaan dengan miskin. Barang yang dipanggil berus pun bukanlah berharga seperti telefon bimbit.

Benar. Hanya baru-baru ini sahaja pelbagai bantuan dan geran diterima. Tetapi hayat kumpulan ini sudah semakin mencapai fana. Membawa sejarah bangsa yang cukup hebat kerana bangsanya bermain besi dan besi itu sendiri berada di dalam struktur yang luarannya menutupi kekuatan.

Beratnya Allah sahaja yang tahu. Harga membawa sebuah sejarah yang beribu-ribu tahun ditelan tanah. Sehingga hari ini tanah masih dianggap tanah. Besi masih dipandang karat. Sedangkan kisah disebalik tanah dan besi itulah kisah benar sejarah bangsa yang cukup hebat. Oh sejarah pelebur besi dunia! Berapa kali perlu dilebur supaya besimu menjadi qala’i terbaik dunia?

SYAIR PERMATA FIKIR.

Selain pantun, syair dan gurindam turut menghiasi dunia puisi pada masa ini. Kegiatan bersyair dan juga bergurindam sering berlangsung di majlis-majlis, di pentas-pentas dan mudah ditonton di you tube dan media sosial. Sebelum itu, syair telah melalui beberapa fasa perjalanan. Sebagai puisi tradisi, syair berkembang melalui tradisi lisan. Pada awal abad ke-20 terdapat pembaca syair yang datang ke kampung-kampung untuk membaca syair. Anggota masyarakat, yang pada keseluruhannya tidak tahu membaca, berkumpul untuk mengikuti cerita-cerita daripada syair yang dibaca seperti Siti Zubaidah, Dandan Setia dan Selendang Delima. Bacaan syair dikatakan bersambung-sambung sehingga beberapa malam.

Dari persembahan pembaca, mungkin di atas tikar yang dihampar di sudut kampung, syair dibawa naik ke tempat yang lebih glamor iaitu ke pentas pentas bangsawan yang bergemerlapan pada awal abad yang ke 20. Syair adalah elemen yang penting yang menggerak penceritaan dalam sesuatu kisah bangsawan.

Pada tahun 1950-han pentas bangsawan mulai malap akibat munculnya wayang gambar. Dengan itu, syair tidak lagi bergema di pentas-pentas. Namun begitu syair terus hidup kerana bangsawan mendapat talian hayat yang baharu. Bangsawan dan juga syair diselamatkan oleh radio. Radio Malaya yang dipancarkan di Singapura sejak tahun 1946. memulakan rancangan Bangsawan Di udara. Syair berkumandang ke seluruh negara malah ke seluruh kepulauan Melayu.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply