Kecoh Orang Lain Poligami ?

kecoh orang lain poligami

Kecoh Orang Lain Poligami ? Hangpa dok kepanasan pasai suami org lain kawin no 2 pasai apa? Ada org yg dah pun kawin 3 tp tak heboh pun..hidup aman damai.

Poligami bkn sunat tp harus..

harus bg yg ada asbab yg syarie..klu tak suka poligami pun usah ada rasa benci..sbb ia di haruskn syarak.Ia sunnah para Nabi.Amat berat kesalahan bila kite mula menghina amalan ni sbb tgk apa yg berlaku di sekeliling..

Sya melihat mereka yg sgt anti poligami akhirnye di uji..Allah akn menguji..jd berpada2 dlm kata2 dan reaksi. Sya tak menggalakkn poligami..bg yg nk buat wajib mampu dan adil..Yg penting ada ilmu dan ada keberanian buat secara berdepan..yg masyarakat jd heboh dan negatif sbb ramai yg myalahgunakn dan buat di belakang isteri serta menipu isteri.

Saya tak setuju kata2 P.Ramli ” kena pandai berbohong…” klu kite mula berbohong kena berbohong sepanjang hayat..sanggup ke? Klu tak mampu dan tak berani baik setia pd yg satu je…

Klu ada yg nk jga leh tanya mereka yg dah bina poligami harmoni bkn ikut trend viral yg tak bermenafaat..atau amik pendapat mereka yg takde pengalaman tp pandai cakap je. Smga kehidupan kite sekeluarga dlm rahmat kshsyg Allah bahagia sentiasa..Aamiin.

Kecoh pasal poligami lagi.

Bagi yang ingin cuba fahami ada apa dengan poligami, sertai kursus ini. Bengkel atau kursus ini TIDAK MEMPROMOSIKAN POLIGAMI ATAU MENAFIKAN POLIGAMI, tetapi mepersembahkan PERBINCANGAN ILMIAH berkaitan Poligami, dari sudut:-

a. Sejauh mana hukum berpoligami & sumber hukumnya

b. Isu-isu hukum berkaitan pelaksanaan sebelum, semasa dan selepas

c. Isu undang-undang dan peraturan poligami yang dianggar,di abai atau tidak diketahui

d. Isu masalah individu dalam fahami poligami dalam Islam,

e. Masalah keluarga dan sikap masyarakat yang perlu dan patut dalam tanggapi poligami.

f. Jika sudah nekad untuk poligami apakah jalan paling wajar dan hikmah yang patut diambil?.

Ia BUKAN KHAS untuk yang telah berpoligami dan bermadu,

bukan juga untuk yang bakal tetapi untuk SEMUA MUSLIM MUSLIMAH yang ingin fahami isu ini dengan adil, wasatiy serta telus. Ia suatu majlis ilmu yang BERANI demi perkongsian suatu isu sensitif & penting dalam bab Fiqh Munakahat namun malangnya :-

a. Sering tidak dibincangkan dengan ilmiah oleh mana-mana pihak lalu banyak salah faham berkenaannya

b. Kerap dijadikan modal lawak murahan oleh sebahagian penceramah lalu buruklah kelihatan poligami.

c. Diambil kesempatan oleh lelaki tidak bertanggungjawab,

d. Ditakuti dan sangat dibenci oleh ramai wanita sehingga terlajak sempadan hukum

e. Menjadi sumber dosa kepada sebahagian masyarakat yang amalkan namun tanpa ilmu yang cukup,

f. Menjadi sebab dosa akibat kritikan secara jahil & emosi terlampau akibat melihat pengalaman buruk orang lain @ sendiri, padahal tidak boleh dihukum secara PUKAL,

g. Menjadi sebab dosa akibat masuk campur hal rumah tangga orang lain secara tidak perlu, malah lebih teruk meretakkannya.

FAKTANYA, hampir semua dari SEPULUH SAHABAT yang dijanji Syurga termasuk EMPAT Khalifah Rasyidin BERPOLIGAMI, manakala semua 4 orang wanita terhebat ahli Syurga TIDAK DIMADUKAN. Bagaimanakah memahami situasi ini?

Program ini membincangkan pendekatan WASATIY dalam memahami isu poligami, cara menyikapinya, cara galakkan jika layak dan cara bantah jika tidak layak. Insha Allah.

Poligami Bukan Takdir?

Kecoh isu artis berpoligami. Rata-rata perempuan meroyan dan acah woke bila tiba topik ni. Mana tidaknya, mereka sangat anti dengan poligami tapi tidak LGBT. Kebencian mereka terhadap poligami hingga ditarik-tarik menyentuh persoalan aqidah. Ini amat bahaya jika dibiarkan, lebih bahaya daripada suami yang berpoligami.

Jika tidak dibendung, boleh kufur. Apakah kekufuruan itu dibiarkan? Semestinya tidak kerana ada kaedah:

والرضى بالكفر كفر

Dab bermula redha dengan kekufuran itu kufur. Untuk pengetahuan semua apa yang artis tu kata betul dah. Semua perkara berlaku sudah pun ditakdirkan, sudah ditetapkan. Kapan? Sejak tiada mula lagi Allah dah tetapkan.

Rukun Iman yang ke 6 berbunyi:

Rukun iman yang ke 6 menyatakan beriman dengan Qada dan Qadar yakni percaya bahawa perkara baik seperti iman dan taat dan buruk seperti kufur dan maksiat, semuanya ditaqdirkan Allah dan dijadikanNya.

Ini bermakna bahawa SEMUA perkara yang berlaku dalam alam ini samada perkara baik atau buruk, SEMUANYA sudah ditakdirkan dan dijadikan Allah termasuk poligami.

Memang Allah yang berkehendak dan menjadikan sesuatu perkara samada baik atau buruk. Tak timbul ada perkara yang berlaku di luar takdir Allah.

Jika kata poligami ini bukan takdir Allah, maka takdir siapa? Bagaimana boleh berlaku jika tidak ditakdirkan Allah untuk berlaku? Apakah jadi sendiri? Nah, mesti dijawab persoalan ini.

  • Cuba tunjukkan dalam alam ini perkara yang mana yang berlaku bukan dengan takdir Allah?
  • Cuba tunjukkan yang mana? Cuba….

Jika tidak bersetuju dengan poligami ye udah, tapi jangan membenci dan menghina apatah lagi mengatakan ia bukan takdir Allah. Boleh membawa kepada rosaknya iman. Sanggup kufur demi kepuasan hati?

Doakan yang baik-baik sahaja tak perlu kepada sakit hati, iri, dan hasad dengki. Kita tanya diri sendiri, jika melihat LGBT adakah kita membencinya seperti bencinya kita terhadap poligami?

Hati-hati! Akhir zaman ini manusia cepat berkata-kata yang kufur hingga mengeluarkan mereka daripada iman seperti laju anak panah yang keluar daripada busurnya. Ayuh mengaji! Yang sengaja menghasut, – Senjata Ampuh -*p/s: ……..no further comment. Kecoh Orang Lain Poligami ?

Poligami ni, dia mcm covid juga.

Sebelum kena, mmg berjaga2. Tp bila dh kena, nak tak nak, kita redha je. Klu rasa sakit, pandai2 la cri ubatnya. Efek dia pula, tak sama setiap org. Ad yg simptom ringan, ad yg boleh bawa maut. Ad yg mampu bertahan, ad yg terpaksa mengalah dan tersungkur.

Kdg2, org yg blm kena covid(poligami), lbih pandai bg nasihat. Ya, btl jga, mgkin sbb dia pandaila maka dia tak kena covid(poligami). Atau, dia tak kena lagi sbb blm smpai masanya. Mngkin saja. Tapi, org yg dh kena, dia tahu je rileks2. Nk kecoh buat apa, klu Allah dh kata kunfa yakun tu, takkan ad sape boleh elak. Hadap je la apa pun yg mendatang.

Dunia ni tempat ujian. Dan kita hidup di dunia ni, utk apa lagi jika tidak diuji. Diuji itulah tanda kita sbg hamba. Esk dh 1 ramadhan, tak kisah la giliran berbuka dkt rumah siapa pun, puasa kita tetap sah dgn niat, dan menahan diri dr lapar dahaga serta perkara2 yg membatalkan puasa. Jadi, chill2 je la. Blh la kirim2 juadah nanti. Catatan dr pengalaman. Salam ramadhan. Kecoh Orang Lain Poligami ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply