Ibnu Khaldun Sosiologis ?

ibnu khaldun sosiologis

Ibnu Khaldun Sosiologis ? Ahli agama yg nak perbetulkan asas ilmu…dgn alasan sekularnya dan Baratnya….(dah takde alasan2 yg lain)

Saya jarang mengkritik ahli agama

sebabnya saya tahu mrk sendiri pun sudah jauh terkeliru dgn disiplin mrk.sendiri. Sampai berdebat tak pernah habis dan direndahkan begitu teruk dlm kalangan khalayak. Krn saya tak mahu menambahkan lg kekusutan perihal agama ni. Fitnahnya besar…utk sekali ini cukuplah saya menyampaikan, malas nak panjangkan isu lama.

Tapi satu je saya nak tegur kelompok ini. Selalu je mrk mwngukur hanya pada tiang ilmu mrk.sendiri, kononnya itulah cara yg Islamiknya. Mrk hanya tahu mengukur segalanya dr sudut acuan mrk yg selalunya menetapkan. Dgn cara dan kefahaman mrk, bhw Islam itu shjlah yg akan menjelaskan semuanya termasuk dlm kefahaman sejarah ini. Bhw ilmu selain itu tidak Islam (??), bhw metodologi lain itu sekular dan kebaratan yg tak berguna. Bhw mrk telah menjawab segala kekeliruan yg dibawa dalam asas keilmuan Barat yg mrk dakwa sekular itu.

Alasan bahawa semua orang yg menjelaskan kaedah Ibnu Khaldun sebagai sosiologis itu adalah berkiblatkan Barat, adalah terlalu mudah. Dan gampang. Dengan alasan yg ditokok bahawa kerangka ilmu saya tak begitu Islamik. Agaknya macam tulah kot…setelah saya bersusah payah menerangkan pelbagai cara dan menolak jelas pendekatan berpaksikan Barat, yg mungkin tak dibacanya. Hanya krn saya menyatakan Ibnu Khaldun tu bukan ahli sejarah. Ya, bukan ahli sejarah pun. Sama jugak dgn Profesor yg satu tu.

Bukan ahli sejarah juga….!

Bendanya amat jelas dr segi pengkaedahannya. Yang kalau nak dihujahkan ilmu itu mmg dipinjam dr Barat, maka silakan kemukakan ilmu sejarahnya yg bukan Barat itu, apa bedanya? Bahagian mana ilmu yg semacam dicipta dr Barat itu tak sah dan fak Islamiknya?? Sampai ayat “Ibnu Khaldun bukan ahli sejarah” pun dah disekularkan?? Dan dlm byk byk benda yg sampaikan, yg tu sahajakah yg dilihat??

Anda semua tahu bagaimana kritikan keras saya terhadap kerangka kefahamam sejarah Barat, yg berpaksikan Barat, dan bersentrikkan Barat, serta difahami dalam nilai Barat. Tak payah saya terangkan lagi. Pun begitu, bukan semuanya dr Barat menjadi sekular dan pembodohan, bahkan saya selalu mengkritik dalam kajian sejarah, paparan sejarah drp.kelompok agama ttg sejarah Islam paling teruk dan paling berat sebelah.

Itu belum bincangkan lagi kefahaman mrk ttg sekularisme dan assabiyyah tu, yg jelas mrk ambik bulat bulat drp kefahaman sejarah mengikut acuan Barat, yg mrk sendiri semacam jahil ttgnya. Kalau ikut takrifan mrk ttg nasionalisme, habis diasabiyyahkan krn ikut takrifan Islam, walhal kefahaman asas mrk ttg sejarah Eropah itu sendiri pun ketotokan Barat.

Tapi mrk rasakan mrk telah agamakan dan Islamkan kefahaman sejarah.

Lalu muncullah dakwaan konsep segala bentuk Barat itu unIslamic, bhw nasionalisme itu Barat dan sekular, dan lahir drp amalan assabiyyah. Sebab itulah saya rasa malas nak melayan kelompok agama dengan kefahaman mrk yg nak agamakan semua perkara, sebagai peniru dan penumpang, bukan sebagai pembina dan pengasas ilmu.

Lantak pi lah….sekali lagi sayang ulannggg!! Ibnu Khaldun tu ahli sosiologi, dan saya tambah lagi – setaraf Tun Seri Lanang je….(utk buku Mukaddimah dia tulah)….

Nak buat mcm mana, majoriti ahli sejarah pun mmg mengiktiraf Ibnu Khaldun sebagai ahli sosiologi berdasarkan pendekatannya, dan ini tidak merendahkan pangkat dan darjahnya walaupun seinci utk nak diagung agungkan dgn “nilai Islam” yg tak sudah sudah tu. Kdgkala saya meluat dgn ukuran tempurung Islam ini. Bukan salah Islam. Tapi salah makhluknya yg tidak mahu membuka diri.

Dan satu lagi, kpd ahli sejarah Islam (org lainlah) yg kononnya nak berpijak pada paksi sendiri, betulkanlah dan luruskan dulu elemen elemen caca merba dlm perbahasan sejarah Islam tu dulu, yg penuh dengan elemen berat sebelah, barulah nampak tak mengada-ngada nak perbetulkan ilmu yg kononnya yg terlalu sekular dan Barat itu…..

#Dia.baca ke tak baca seluruh pendirian dan pdgn ambe…sampai dikatakan terikat dgn ilmu Barat yg “sewel” tu…#tercari-cari bahagian mana yg menampakkan pdgn saya itu seolah olah merendahkan tahap keilmuan ibnu khaldun ini….yg saya katakan turut berjuang menegakkan sejarah yg objektif.

Kita sekarang di dalam musim pandemik.

Dunia bagai terkurung. Sesetengah daripada kita ada yang sudah berputus-asa. Kenal Ibnu Khaldun? Beliau hidup di abad ke 14. Ilmuwan mengenali beliau sebagai Bapa Sosiologi Dunia. Antara karya terhebat yang pernah dihasilkan ialah Muqaddimah yang menceritakan perihal masyarakat dunia dan sifat-sifatnya.

Hebatnya buku Muqaddimah ini hingga Mark Zuckerberg meletakkan ia sebagai Book of the Year yang dia baca. Mark sendiri sarankan supaya kita baca buku itu untuk kenal sifat dunia ini.

Jadi, apa kaitan dengan pandemik? Mengikut catatan sejarah, bapa Ibnu Khaldun bernama Khaldun Al Hadlrami merupakan seorang Menteri Kewangan dan ilmuwan di zaman Dinasti Hafside di Tunisia. Beliau banyak mengajarkan Ibn Khaldun.

Skitar tahun 1340an, satu wabak melanda kawasan Tunisia. Wabak penyakit Pes itu kemudiannya dikenali saintis sebagai Pandemik “The Black Death” yang telah membunuh jutaan manusia. Dahsyatnya Black Death ini ada saya ceritakan dalam e-book saya Coronavirua: Pandemik & Senjata Bio.

Ayahnya dijangkiti pendemik ini dan meninggal dunia pada tahun 1349. Lebih menyedihkan, wabak itu turut mengakibatkan kematian guru-guru Ibnu Khaldun yang lain dalam bidang Al Quran, hadis, ilmu hukum dan bahasa. Maka, tinggallah Ibnu Khaldun menjadi yatim piatu di umur 18 tahun.

Ibnu Khaldun bangkit dari kesedihan dan keluar mengembara menuntut ilmu. Di akhir hidupnya beliau diuji sekali lagi apabila kesemua anak dan isterinya meninggal dunia kerana kapal karam.

Ibnu Khaldun berputus asa? Tidak! Dikatakan buku Muqaddimah dihasilkan sewaktu beliau berkhalwat (mengasingkan diri) selama 4 tahun dari tahun 1374 hingga 1378. Pandemik bukan bermaksud segalanya akan berakhir. Move on..ibnu khaldun sosiologis.

Buku pertama dibeli di IBF2023.

Karya yang sentiasa dikaitkan dengan Ibn Khaldun sudah semestinya ‘Mukadimah’ dan ‘Tarikh : Kitab al-Ibr’, namun kami baru tahu beliau pernah mencatatkan memoir sepanjang penghasilan karya agung tersebut.

Rihlah beliau amat bermakna buat pembaca seperti kita yang boleh menyelami pengembaraan Ibn Khaldun pada waktu dahulu. Kagum dengan penterjemahan karya ini dan mudah untuk kita baca pengalaman Ibn Khaldun sendiri.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply