Hina Solat Sunat Subuh ?

hina solat sunat subuh

Hina Solat Sunat Subuh ? Dulu setakat pakai seksi, ambik gambar, buat video, cakap lucah. Kemudian dah start sebarkan khurafat bab feng shui tanah. Bila orang tegur melenting, sombong sungguh menjawab. Terbaru dok persenda orang solat sunat sebelum Subuh dah kaya ke belum. Dia ingat kaya ni hanya pasal duit dan harta agaknya.

Cuma tu lah, Jabatan Agama tak boleh ambil tindakan apa-apa ke pada individu yang merendahkan agama Islam sebegini? Tak ada tindakan yang boleh ambil ke? Dan kepada orang Islam khususnya, berhenti la support orang yang terang-terangan kufur nikmat, persendakan solat, percaya benda khurafat begini.

Bab aurat, lucah tu dosa individu. Terpulang la bab tu. Tapi bab khurafat, bab persenda solat sunat ni masuk bab agama yang semua orang Islam perlu cakna. Harap ada tindakan dari Majlis Agama Islam la hendaknya. Nak lagi ke support orang yang dengan sengaja persenda pasal solat?

Masalah skrg Ramai lagi yang dok tanya jamu kak KM ada

Rasa nak bagi je sebutir atas muko , “Mu bodo ko benok telan tahik ke lepas beranok dulu , Dok support ore terang terang hina agama . Part makan di kedai cina ehh takleh makan kedai ore bukan islam itu ini .. Srupo jah mu dok sokong ore gini .. Bongok . Dia kena kecek gitu kali baru ore paham . Tapi dia akan viral kita pulak kan .Tuan kedai ponggoss bodeyyy dia tulis nnt

Zaman bengkung sajat lagi aku dok simpan perasaan ni . Geram sungguh .. Bab israel tahu haram kena boikot , Ni sama je kakak kakak tak makan jamu pun takpe laa..

Solat sunat Subuh

termasuk di dalam kategori solat sunat rawatib yang dibuat sebelum solat fardhu bagi melengkapkan kekurangan ketika melakukan solat fardhu seperti tidak khusyuk atau tidak memahami dan tadabbur ayat-ayat yang dibaca. (Lihat Hasyiah al-Bujairimi ala al-Khatib, 1/413-414).”

Jauhi sikap riak dan bongkak bila berkata kata. Perkara mcm ni jadikan sempadan utk kita yg ingin ke syurga.. mati tak tunggu sakit, mati tak tunggu tua. Muhasabah diri selalu..Takpelah tak terlihat KAYA dan BERHARTA, asalkan iman terpelihara sebaiknya *Pesanan utk diri sendiri yg serba kekurangan*

Betul la tu ! Saya solat sunat tak kaya-kaya lagi,

kerana memang niat saya solat bukan untuk kaya dunia. #gengsyokngaji. Uniknya Melayu ini, kalaupun lemah beragama, dia tetap akan marah bila ada orang hina agamanya. Walaupun dia subuh gajah, tetapi bila ada orang hina solat subuh atau solat sunat sebelum subuh dia akan trigger.

  • Dia tak mampu lagi neutral. Falsafah dia “Kau tak nak buat sudah ! tapi jangan hina orang yang buat”. Begitulah hari ini kita melihat beberapa founder yang lupa diri. Tazkirah bersama: Saudara ! Adalah salah niat solat untuk kaya.
  • Kita solat duha bukan untuk kaya tapi untuk berterima kasih pada tuhan yang maha kaya limpahkan rezeki kepada kita. Kita solat malam bukan juga untuk jadi jutawan.
  • Kita solat tahajud untuk dekatkan diri dengan Allah dan semoga Allah pandang kita dengan redoNya.
  • Begitulah juga semua solat lain, kita mahu kaya di akhirat, jika dapat sikit di dunia itu hanyalah bonus. Jangan kita perlekah sesiapa solat untuk kaya akhirat, risau nanti menyesal tak sudah. Wallahwalam.

**jangan perlekeh amalan sunat

Solat Sunat sebelum Subuh..Lebih baik dari dunia dan isi nya..Moga Allah pilih kita untuk diletakkan di Syurga..saat itu..kita tahu dan sedar..dunia ini memang kecil dan bukan lambang kekayaan…Kaya bukan tanda kita betul..

Ramai followers bukan tanda kita betul..Banyak like bukan tanda kita betul…Kita tak kena panah petir tiba tiba bukan tanda kita betul….Sama sama kita berubah..tiada siapa yang sempurna..sampai masa..akhirat yang kekal kita akan sampai ke sana..

KELEBIHAN SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “(Solat sunat) Dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik dari (nilai) isi dunia dan seluruh yang ada padanya.” Riwayat Muslim (725)

Solat sunat fajar atau subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan mengikuti Nabi SAW. Amin.

HANYA YANG BUAT AKAN RASA

Solat sunat sebelum Subuh mempunyai kelebihan yang sangat besar jika dikerjakan. Antara kelebihan-kelebihan solat sunat sebelum Subuh yang disebutkan oleh NABI SAW adalah:

1. Lebih Baik Daripada Seluruh Isi Dunia

SAIDATINA AISYAH r.a. melaporkan, RASULULLAH SAW berkata berkenaan solat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh:

“Dua rakaat itu lebih baik bagiku daripada seluruh isi dunia.”

( Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi )

2. Lebih Penting Daripada Nyawa Sendiri.

ABU HURAIRAH R.A.melaporkan, RASULULLAH SAW berkata:

“Janganlah kamu tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kamu dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar oleh musuh).”

( Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Tahawi )

3. Amalan Sunat Yang Paling Dipelihara Oleh RASULULLAH SAW

SAIDATINA AISYAH Aisyah r.a. meriwayatkan:

RASULULLAH SAW tidak menjaga amalan-amalan sunatnya lebih daripada BAGINDA menjaga dua rakaat sebelum solat subuh.

( Hadis ini direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud )

Semak semula kita dah istiqomah ke belum…? Kaya tak kaya bukan kerja kita…ALLAH SWT ada caraNYA tersendiri nak jadikan kita ‘KAYA’. INSHA ALLAH .

Nak tahu siapa orang yg paling kaya di dunia…? Apabila dia buat solat sunat sebelum subuh 2 rakaat.

Bila dengar azan Subuh, jangan pula terus Solat Subuh, tapi buatlah dulu solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu subuh. Sebab, banyak hadith Nabi tentang kelebihan solat sunat sebelum Subuh ni, antaranya :

1. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak ada satu pun solat sunat yang lebih dijaga Baginda melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh” (Riwayat Muslim)

2. Rasulullah SAW telah bersabda, “Dua Rakaat solat (sunat) sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya” (HR Muslim)

3. Dalam riwayat lainnya menyebut, “Tidaklah Baginda SAW lebih tekun dalam menjaga solat rawatib melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh” (Muttafaqun ‘Alayh)

MashaAllah besarnya pahala solat sunat 2 rakaat ni..semoga kita boleh istiqamah lakukannya sebelum solat subuh

Kedua-dua solat ini adalah sama je

Niat solat sunat Fajar:

Usolli sunnatal fajri rak’ataini lillahi taala

Maksud:

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”

Niat Solat Sunat Qabliyyah Subuh;

Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala

Maksud:

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

Jom kita buat mulai esok.

Aamiin. hina solat sunat subuh

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply