Hadith Qudsi Kasih Allah ?

hadith qudsi kasih Allah

Dalam kitab Al Wafi ketika membahaskan hadith ke 38 dari hadith 40 An Nawawi

Hadith Qudsi Kasih Allah ? pengarang kitab menjelaskan hadith tersebut menjadi dalil bagi Imam Bukhari bahawa pentingnya tawadhu’. Sebab Imam Bukhari meletakkan hadith yang sama dalam Bab Tawaddhu’.

Hadith qudsi yang ke 38 tersebut, Nabi menjelaskan firman Allah tentang larangan untuk memusuhi wali Allah dan cara mendapat cinta kasih Allah dengan amalan-amalan sunat. Nampak janggal kan macam mana tawaddhu’ dikaitkan dengan dua perkara tersebut.

Sambung pengarang kitab al Wafi lagi, untuk mencapai tahap beristiqamah sehingga bersungguh-sungguh melaksanakan amalan sunat memerlukan seseorang menjadi tawadhu’ dengan amalan hidupnya yang dirasakan masih kurang dan untuk seseorang mengasihi para wali Allah dan tidak memusuhi mereka memerlukan tawadhu’ terhadap dirinya dan berasa hina di hadapan Allah.

Senang bahasanya, mereka yang rasa diri hebat akan susah untuk mengasihi sesama mereka yang alim tentang Allah, tentang syariat Allah. Bahkan cari cara pula nak merendah-rendahkan, kondem dan sebagainya. Nota: Gambar sekadar hiasan. Abu Zainab Ahmad Syakir Norazli .

Alhamdulillah. Siap print untuk mulakan talaqqi dengan anak-anak terlebih dahulu.

Alhamdulillah. Pesanan saya kepada diri sendiri dan anak-anak: Ilmu itu sifatnya seperti air. Ia memenuhi ruang yang paling bawah terlebih dahulu. Begitu juga ilmu, ia akan mengisi hati-hati yang bersifat tawaduk terlebih dahulu, lebih dari yang lain. Orang yang mempunyai sifat ego sukar untuk hatinya menerima ilmu.

Bahkan, jika dia berjiran dengan seorang ahli ilmu dan berkawan dengannya setiap hari sekalipun, dia tidak akan mampu mengenali dan melihat jiran dan kawannya itu sebagai ahli ilmu jika pandangannya masih dipenuhi sifat ego.

Dengan sifat tawaduk, seseorang itu akan mudah untuk menerima nasihat dan teguran. Bersedia menerima nasihat dan teguran ialah “kualiti” yang wajib ada pada diri seseorang yang sentiasa mahu memperbaiki dirinya. Sifat tawaduk ialah anak kunci hati bagi menerima ilmu.

Selamat Tahun baru. Nak jadi orang tawaduk kena ingat selalu hadith ini:

Atuk Man published a note. 16 March 2011 at 04:06 · Hadith qudsi (al Maw’izh fi al Ahadith al Quftsiyah”) bahagian 5. Hadith qudsi (al Maw’izh fi al Ahadith al Quftsiyah” susunan Imam Ghazali ,terjemahan Dr Abdul Hamid Salih Hamdan.

Hadith ke 5(sebahagian) Allah SWT berfirman: Ertinya,

  • :Wahai sekelian manusia,setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegurmu dengan kata katanya:
  • “wahai sekelian manusia, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan di simpan di dalam perutku.Engkau memakan segala yang diinginkan ketika berada di permukaanku, kemudian engkau akan dimakan ulat didalam perutku..
  • Wahai sekelian manusia, aku adalah rumah kesunyian, aku adalah rumah tempat pertanyaan , aku adalah tempat persendirian, aku adalah rumah kegelapan,aku adalah rumah kala dan ulat,maka diamilah aku dan janganlah engkau menghindar daripadaku.”

Allah s.w.t. telah menyebut dalam sebuah hadith qudsi;

“Sesungguhnya Aku menerima solat daripada orang yang merendahkan diri (tawaduk) kerana kebesaran-Ku dan tidak berlaku sombong terhadap makhluk-Ku dan tidak terus-menerus melakukan maksiat kepada-Ku.

Dan dia menghabiskan hari siangnya dalam ingat kepada-Ku (zikrullah), dan dia sayang kepada orang yang miskin, ibnu sabil (orang yang kehabisan belanja dalam perjalanan) dan janda (yang kematian suami) dan sayang kepada orang yang ditimpa musibah.” (HR az-Zabidi).

BAHAGIA BERSAHABAT DENGAN ORANG BERIMAN.

Aku ni kan, dah makin ramai kenalan sesama generasi yang hebat-hebat. Ada yang bergelar doktor, doktor falsafah, ustaz, technologist (Ts), Ir, dan macam-macam.

Tapi bila dapat berjumpa sebegini, kerendahan diri mereka ni lain macam. Seolah-olah macam tak ada makna pun sisi gelaran profesional yang mereka miliki hinggakan aku pun hilang rasa segan nak bersembang.

Terima kasih teman. Ya benar hilang rasa segan tapi jujur kata, rasa kagum dan hormat pada kalian tak hilang bahkan bertambah.

Aku percaya, mereka ini berukhuwah hanya kerana Allah semata-mata. Cinta mereka pada sahabat terpandu atas jalinan tarbiyah Ilahi. Dan mereka mengimpikan persahabatan yang bermanfaat biarpun selepas mati.

Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

Terima kasih sahabat semua kerana menjadikan hidup aku dalam dunia yang sempit ini terasa luas. Kelam semangat menjadi marak. Berputus harapan menjadi pencipta impian.

Barakallahufikum sahabat semua. Moga nanti kita sama-sama memasuki syurga tertinggi. Ameen . p/s: sesi dinner bersama Dr Muhammad Nasarudin, geng Bangi dulu. Perangai langsung tak berubah, tawaduk lain macam haha. Moga Allah berkatimu sahabat. hadith qudsi kasih Allah.

Saat اَللّهُ MENJAWAB AL-FATIHAH dalam solat kita”

Ramai sekali orang yang membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita.

Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ SUBHANAHU WATA’ALA ber-Firman:

“Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU.”

  • Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na’budu Wa iyyaka nasta’in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA.
  • Ketika kita mengucapkan “Alhamdulillahi­Rabbil ‘alamin”. اَللّهُ menjawab: “Hamba-KU telah memuji-KU.”
  • Ketika kita mengucapkan “Ar-Rahmanir-Ra­him”, اَللّهُ menjawab: “Hamba-KU telah mengagungkn-K­U.”
  • Ketika kita mengucapkan “Maliki yaumiddin”, اَللّهُ menjawab: “Hamba-KU memuja-KU.”
  • Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, اَللّهُ SWT menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU.”
  • Ketika kita mengucapkan “Ihdinas siratal mustaqiim, siratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”­ اَللّهُ menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU. Akan KU penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)
  • Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah drpd اَللّهُ kerana اَللّهُ SWT sedang menjawab ucapan kita.
  • Selanjutnya kita ucapkan “Aamiin” dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
  • Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka اَللّهُ SWT akan memberikan ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Jika artikel Ini bermanafaat sila sampaikan kpd sahabat2 kita walaupun satu ayat. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM; “Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan memperolehi pahala walaupun dia sudah tiada.” (HR. Muslim)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply