Fitnah AI Kartun Islamik ?

fitnah AI kartun islamik

Fitnah AI Kartun Islamik ? Ramai je yang suka “kartun-kartun’ ni, katanya cantik. Cuba perhatikan. Kalau kita ke Mekah, kita berdoa menghadap ke mana? Macam kartun tu ke? Zoom sikit ‘orang-orang’ kartun yang sedang solat tu…dia menghadap ke mana?

Pernah dapat tak AI wanita-wanita bertudung labuh, tapi nampak kaki? Jangan cepat terpedaya dengan ‘cantik’.Jangan suka-suka cakap..’alaa..kartun je pun…’. Minda sedang dijajah tanpa sedar. Nota : perlu berhati-hati dalam penggunaan Teknologi AI. Ada yang kata ianya setting prompt, saya setuju..

Cuma yang nak ambil manfaat teknologi ni, perlu hati². Elakkan drpd terfitnah dan sebarkan fitnah. Sebab gambar yang tersebar banyak perkara tak betul setting nya .. Atau setting tu tak syariah compliance maka, terhasillah gambar yang boleh memfitnah Islam. Fitnah AI Kartun Islamik ?

AI ni macam kanak kanak belum mumayyiz lah.

tak tahu beza mana baik mana buruk, kita sebagai “parent” yang decide nak “guide” dia ke mana. kalau nak prompt image keagamaan, kita sendiri kenalah ada knowledge supaya image yang dikeluarkan itu betul dan tak “kecacatan” (omputeh kata politically correct) macam dalam contoh.

tak ada sebab nak ada agenda fitnah AI bagai. AI is what you train them to be. Ini orang nak main AI image, awak pun nak main. lepas tu akauntabiliti kosong. main taip main share saja. Mentang mentang dah banyak AI image generator yang percuma sekarang. apa kata cuba fahamkan konsep dan etika pasal benda ni betul betul dulu, baru tahu. Fitnah AI Kartun Islamik ?

Assalamualaikum sahabat.

Kalau tak faham² lagi saya tak tahu lah nak jelaskan macamana. Anda rasa gambar ini cantik? Seronoknya dapat bermunajat di depan Kaabah… Begitu kan. Apakah ini? Gambar apakah ini? Solat membelakangi Kaabah? Dan solat menyembah perempuan yang pakai serba hitam itu?

  • Inikah Agama yang anda faham?
  • Inikah yang anda cuba normalisasikan.
  • Inikah yang anda rasa tak ada apa² fitnah?

Anda asyik bermain dengan permainan Dajjal Si Mata. Sedangkan Dajjal sedang permainkan aqidah dan Agamamu.! Bermatian kalian membela perkara bathil. Anda di jalan mana tu? Astaghfirullahalazim wa Atubu Ilaih. Fitnah AI Kartun Islamik ?

3 Fitnah Akhir Zaman.

1. Al Ahlas.

– Kekacauan kerana banyak berlaku rampasan harta dan perebutan harta.

2. As Sarra.

– Kekacauan kerana saling membenci yang disukai oleh musuh islam.

3. Ad Duhaima

– Kekacauan kerana tidak dapat membezakan yang hak dan yang bathil.

( Hadis Riwayat Ahmad )

Terdapat hadis disebut oleh Nabi s.a.w yang dimulakan dengan, “Akan tiba satu hari, sesungguhnya menjelang datangnya kiamat, pasti akan terjadi pada umatku”. semua itu kita menyangka merujuk kepada zaman yang bakal berlaku dihadapan kita ratusan tahun lagi.

Sebenarnya, semua yang dinyatakan itu zaman yang kita hidup pada hari ini. “Akhir zaman itu adalah mengenai kisah diri kita.”

Dalam hadis daripada ibnu Umar, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya islam bermula dalam keadaan asing dan kelak ia akan kembali asing sebagaimana ia dahulu bermula.” Wallahu a’laam.

Hati2 Semua….

Berhati2 Jugak Kepada Siapa Yg Selalu Main Apps Editing Ai Yg Menukar Muka Wajah & Menukar Badan Lain Muka Lain & Termasuklah Perempuan Yang Selalu Selfie Jarak Dekat…Jangan Korang Ambik Gambar Selfie Wajah Terlalu Dekat Posting Di Fb…

Semakin Dekat Wajah Kat Camera Semakin Mudah Geng Pakar Editing Nak Buat Kerja Untuk Buat Fitnah…Sebab Aku Pakar Dalam Bidang Editing Ai Ni..Tapi Diaorg Lagi Dahsyat Buat Editing Ai Sbb System Diaorg Pegang Yg Canggih Punya….Fitnah Semakin Banyak….

Link2 Pelik Korang Jangan Try Masuk….Or Dapat Nombor OTP Yg Pelik Dari Mana Datang Nombor OTP…Korang Jangan Masuk…Tu Bukan Scammer…Tu Hackers Profesional….

Agus makin kantoikan diri.

Dia kata dia panggil staff dia sayang… Dia tahu tak merujuk Notis SPA panggilan sayang dianggap gangguan seksual untuk penjawat awam.

Keduanya A & W (Agus dan Wahab) sepakat kata video itu asal tapi konon dimasukkan suara guna teknologi tinggi. Maka kalau suara palsu yang dia susah payah nak justify panggilan sayang dalam audio iyu kenapa hahaha kan audio hanya palsu…

Teknologi AI cakap dialek Kelantan.. Maju sungguh… Katalah Audio itu palsu tapi video rakam cium skrin itu apa halnya..

Kepada A & W dicabar dedah siapa Mr H ? Kamu dinasihatkan tarik fitnah ke atas cheGuBard atau sila saman cheGuBard atau tidak kamu akan di saman !!!! Respon awam saya selepas sidang media A&W klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1034503421091648&id=100035959996986&mibextid=Nif5oz

Nota : saya ni tak berminat pun dengan perangai songsang A&W sejak awal yang saya tanya ialah berapa ramai lagi dan siapa lagi yang keliru identiti seksualiti dapat dengan mudah lantikan politik #regimcampuranHANAT termasuk dalam kabinet kerana bazir wang rakyat dan merosak negara….. Persoalan sejak awal saya relevan kerana PM Malaysia ialah banduan kes liwat.

5 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI:

1. DIPANCARKAN CAHAYA UNTUKNYA ANTARA 2 JUMAAT.

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

2. TERSELAMAT DARI FITNAH DAJJAL.

“Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.”

Hadith riwayat Muslim: 1342

3. TURUNNYA KETENANGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA MALAIKAT.

“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. MENCERITAKAN REALITI KEHIDUPAN SEBENAR.

Menurut petikan buku Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Kahfi tulisan Datuk Dr Haji Zahazan Mohamed, surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar, tetapi membuktikan bahawa setiap yang dicatat dalam al-Quran itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran.

Jika diteliti, surah ini mempunyai satu tema iaitu pertembungan antara iman dengan keduniaan.

5. IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN & FITNAH AKHIR ZAMAN.

Rugilah jika kita rajin solat tapi tidak mengamalkan doa selepas Tahiyat Akhir dan sebelum memberi salam.

Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya,

“Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau mendengar bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]

Dengan yang demikian, selepas habis membaca tahiyat akhir, teruslah membaca doa mudah ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Artinya: “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah al-masikh ad-Dajjal” (Hadits riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Hurairah).

Kemudian berilah salam seperti biasa. Semoga bermanfaat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply