Doa Buang Angin

doa buang angin

Doa untuk buang angin badan.

Untuk doa buang angin badan, anda perlu selarikan doa, usaha dan tawakal. Tanpa doa, usaha dan tawakal yang di lakukan serentak, angin badan sukar untuk di buang. Ini kerana angin badan melibatkan fizikal, mental, jiwa dan kekuatan rohani anda.

Untuk buang angin badan, anda perlu libatkan Allah dan cara terbaik untuk libatkan Allah adalah dengan berdoa dan tawakal.

Setiap kali anda terkena serangan angin badan, anda terus doa ya Allah, lindungilah aku dari kejahatan angin badan , syaitan, jin dan iblis.

Ketika anda berusaha untuk buang angin badan dengan melakukan senaman, selalulah berdoa ‘ ya Allah, buanglah angin badan dari badan aku dan berikanlah aku kesihatan yang baik.

Seterusnya ketika anda rasa lega dari angin badan,berdoalah pada Allah. Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku kesihatan yang baik.

Antara perkara yang boleh bantu anda untuk buang angin badan adalah makan dan mandi. Oleh itu, ketika anda makan anda doalah pada Allah supaya berikan anda kesihatan yang baik menerusi makanan yang anda makan. Namun, anda perlulah makan makanan yang sihat. Jangan pula makan makanan yang tidak sihat.

Ketika anda mandi pula, and doa pada Allah supaya buang segala angin badan dan berikan anda kebersihan dan kesihatan badan yang baik.

Doa pada Allah adalah salah satu perkara yang perlu anda lakukan untuk anda buang angin badan. Jangan berhenti berdoa dan berdoalah seperti anda seorang yang benar – benar beriman pada Allah

Senjata Buang Angin

Kadang2 serba salah nak bgtau pesakit.. Senjata lepas buang angin dah elok.. Darah dah lancar, tapi sebab ada makhluk yg duduk antara pusat dan senjata yg buat ia tak berdaya.. Umpama mati pucuk.

Masalah utama ialah Ianya membabitkan amalan pesakit itu sendiri yg mengambil khadam Satu waktu dahulu. Khadamnya pula, kalau tak suka isteri pesakit, akan mengganggu hubungan badan.

Saya hanya boleh bacakan ruqyah dan doa agar ia pergi dari badan pesakit. Tapi saya hanya diamkan sahaja dari pesakit akan pengetahuan ini.

Namun ada sahaja pesakit yg mengaku ada khadam selepas saya habis urut dan ruqyah. Malahan mereka mengucapkan terima kasih selepas dapat merasakan perbezaan badan. Yg perasan akan perasan Samada saya hanya mengurut sahaja atau saya mengurut sambil membuang makhluk.

Kita hanya hamba Allah SWT. Yg menyembuhkan tetap Allah SWT..

Petua Buang Angin Elak Badan Lesu

Kurma cina (red dates) + halba + halia + gula batu. masak sampai mendidih, tuang dalam cawan, minum panas-panas.

bagus untuk buang angin dalam badan and buat badan jadi lebih bertenaga, tak mudah letih dan lesu ?

edit :

kalau macam saye, selalunye saye punye sukatan macam ni :

-air 4 mug
-kurma cine segenggam
-halba 1 sudu besar
-halia ketuk 2 inci
-gule batu pulak terpulang sis nk manis banyak mane

boleh gune utk 3-4 kali minum. contoh : malam ni saye rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. then saye tutup periuk tu elok2. esok malam saye akn panas kan je. ulang sampai 3-4 hari. lepas tu baru tukar bahan yang baru.

Kredit : fairuz azmi

Cara Elak Badan banyak Angin

Untuk mengelak angin berlebihan di dalam badan seterusnya mencegah kembung perut atau badan berangin,

1. Kurangkan pengambilan makanan berlemak. Lemak dalam makanan akan memperlahankan proses penghadaman dan menyebabkan gas yang terbebas akan mudah terkumpul

2.Tinggalkan ataupun kurangkan pengambilan makanan yang banyak `angin` seperti baked beans, brokoli, brussel sprouts, kobis, air berkarbonat (air gas), kobis cina, dll. Jadi kalau badan anda memang tak tahan dengan makanan yang `banyak angin` nie, janganlah ambil ya demi keselesaan perut.

3.Jika anda jenis tak tahan dengan laktosa daripada sumber tenusu, elakkan mengambilnya. Boleh juga cuba gantikan dengan makanan rendah laktosa ataupun yang bebas laktosa.

4.Kurangkan pengambilan makanan berserat tinggi buat seketika kerana walaupun serat boleh membantu proses penghadaman makanan, ia juga mengeluarkan banyak gas.

5.Makan dengan tenang dan perlahan. Tergesa-gesa atau gelojoh ketika makan akan mengganggu proses penghadaman.
Ambil makanan yang boleh melegakan ketakselesaan akibat angin yang terlalu banyak di dalam badan.

Teknik Feng Fu Buang Angin Dengan Ais Batu

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama. Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. Ini adalah teknik Feng Fu

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat. Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

  1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
  2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
  3. mencipta kesan relaks;
  4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
  5. meningkatkan kualitu tidur;
  6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
  7. mengatasi asma;
  8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
  9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
  10. membaiki sistem pencernaan;
  11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
  12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
  13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
  14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
  15. menghilangkan selulit;
  16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
  17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya….

kredit : pesan bonda

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply