Bangun Tahajud Nak Kaya ?

bangun tahajud nak kaya

Bangun Tahajud Nak Kaya ? Amalan bangun bertahajud ni kalau sebab nak kaya,nak hebat,nak itu,nak ini……Bersebab duniawi lebih banyak jumpa kecewa dari bahagia ikut pengalaman saya.

Dulu masa saya mula² buat amalan jaga Tahajud ni masa tengah down.

Job takde,kelas tak laku, hampir 2/3 circle dan kawan² meninggalkan saya,dikata belakang ibarat terima ribuan panah. Masa tengah lose tu,dah tak tau nak buat apa,asyik terlintas je posting² pasal tahajud kat wall saya.

Kelebihan bangun tahajud

  • boleh kaya
  • boleh bebas hutang
  • boleh sihat
  • boleh jadi bijak
  • boleh menaikkan self esteem
  • boleh jadi berpengaruh
  • boleh jadi hebat
  • boleh itu
  • boleh ini…

Saya fokus dekat situ dulu sampai saya tak nampak yang……boleh rasa manisnya syurga di dunia.(baca sampai habis kalau nak tahu caranya)

Saya pun mulakanlah amalan jaga tahajud…

konsisten 2 bulan banyak perkara duniawi saya mula dapat satu persatu. Job ratusan ribu ringgit,kelas dan personal coaching tak menang tangan. Circle baru yang baik² malah circle lama yang meninggalkan saya mula ada yang kembali . Membawa cerita² penyesalan percaya kepada adu domba dari ..hurmmmm…puas hati aku(masa tu la)

Lama kelamaan saya mula sedar yang amalan tahajud yang saya jaga ni sebab saya nak fame. Nak kegemilangan,nak rasa puas hati dapat balas dendam difitnah bila fitnah terjawab sendiri . Dengan izin Allah tanpa saya mempertahankan diri,nak kaya,nak sihat,nak kesenangan duniawi lah pendek kata…

Masa tu saya berduit,sihat,terlalu banyak masa terluang,circle dan kawan² yang berkualiti. Sampai satu tahap saya rasa kosong dengan apa yang saya ada. Saya bersyukur sangat Allah bagi macamtu je semua impian manusia kat dunia ni kepada saya dalam masa 2 bulan je tapi saya masih rasa kosong.

Masih rasa ada yang tak cukup,tak lengkap,jiwa rasa tak terpenuhi….Saya jadi bengong semula dan buntu sehinggalah pada satu pagi saat saya solat tahajud,air mata saya mengalir laju dan deras tak berhenti² ketika sujud kerana terlintas dihati bisikan ini…

Masa sujud ni tau…keluar ayat ni di lintasan hati saya…

“Selama ni aku tak pernah sujud kerana nak Allah semata²,tapi selama ni aku sujud sebab kejar dunia,baiknya Allah tetap bagi duniawi kepada aku walaupun DIA tahu aku menyembahnya sebab perkara lain terlebih dahulu berbanding DIA.”

Itulah saat tahajud dan solat terbaik pernah muncul dalam hidup saya. Betapa puasnya rasa dapat mengalirkan airmata tanpa dipaksa,betapa ringannya anggota badan seperti terlepas dari bebanan yang sangat berat,betapa ringannya otak dapat jawapan sebenar kenapa aku rasa “kosong”,betapa lega,syukur dan puasnya jiwa bila terasa Allah hadir menghulur kasihNYA yang agung melalui perasaan itu.

Start pada hari itu saya bertekad tidak akan bangun bertahajud lagi semata² berkehendakkan duniawi walaupun acapkali akal saya bertindak memikirkan. “apa yang aku dapat,apa yang aku dapat,apa yang aku dapat” melainkan……saya teguhkan kekuda jiwa dan perasaan saya aku buat ni semata mata kerana aku nak berterima kasih kepada Allah bukan sebab lain. Mutlak kerana Allah. Bangun Tahajud Nak Kaya ?

Dan pagi ini,saya tak tahan nak berkongsi rasa ini sekali lagi yang datang kepada saya…

…airmata yang mengalir laju dan deras dari sudut fizikal,otak rasa sangat ringan,kosong dan lega. (saya menaip sekarang ni langsung tak fikir,saya main taip je apa yang jiwa saya sedang rasa,lega sangat otak ringan seringan ringannya) dan jiwa saya sangat indah sekali rasanya kerana sekali lagi saya dapat rasakan Allah sedang memberi saya kasih sayangNYA dengan semua yang berlaku tadi….

Walau berduit tak terbeli perasaan dan pengalaman ini. Tak tahu dah nak gambarkan perasaan saya sekarang tetapi kalau ikut pengalaman saya andai ada yang baca coretan ini dapat rasakan apa yang saya rasa sekarang,pasti anda…….walau hutang duit selangit,walau sakit sedang menunggu ajal,walau bahagia dirampas derita,wali maruah diinjak²….

…semua itu and mampu abaikan bila ada perasaan.ini kerana seluruh fokus,fikiran,hati dan perasaan hanyalah untuk menikmati rasa ini.

Bertahajudlah mutlak kerana taknak apa² selain Allah.

Latihlah jiwa buat segala sesuatu mutlak kerana Allah kerana akhirnya manis syurgawi itu yang diberi pinjam rasa didunia jauh lebih manis dari ferrari,lamborghini,Tesla,mansion House,banglo,wang berjuta,pangkat bedarjat,suami terhebat,isteri terhormat….

Latih diri kita “cuba jauhi”beribadat kerana duniawi…latih kerana Allah semata². Salam dari Perindu Tahajud. 4.05 pagi.Semoga manis yang saya rasa kini dapat menular kepada anda semua yang Allah izin membacanya….Aamiin. Begitulah. (Ini adalah catatan lama saya yang diulang siar). #BankIdea

15 Tips Murah Rezeki

Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin. Sumber : The Tazkirah Iman. Bangun Tahajud Nak Kaya ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply