Ashabul Kahfi Orang Kristian ?

ashabul kahfi orang kristian

Ashabul Kahfi Orang Kristian? Ada seorang pemimpin sebut: Ashabul kahfi orang kristian. Beriman kepada Allah. Ada seorang ust kata: Pemimpin tu sesat. Orang kristian ni pegang triniti, Ashabul kahfi pula beriman kepada Allah. Celah mana pegang triniti beriman kepada Allah?! Sesak molep

Pandangan saya:

1- Kristian adalah pengikut Nabi Isa AS, dalam bahasa arab mereka digelar nasoro atau nasrani. Christian bahasa Inggeris
2- Kristian yang asli mentawhidkan Allah, namun selepas itu ia telah di seleweng dengan menuhankan Nabi Isa alaihi salam.
3- Kristian yang mentawhidkan Allah dan hidup sebelum Nabi Muhammad SAW itulah yang dimaksudkan dalam ayat:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ وَٱلصَّـٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Kristian), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Kata Imam Fakhruddin al-Razi pengarang Tafsir Mafatih al-Ghaib:

. المُرادُ الَّذِينَ آمَنُوا قَبْلَ مَبْعَثِ مُحَمَّدٍ بِعِيسى عَلَيْهِما السَّلامُ مَعَ البَراءَةِ عَنْ أباطِيلِ اليَهُودِ والنَّصارى مِثْلَ قُسِّ بْنِ ساعِدَةَ، وبَحِيرى الرّاهِبِ وحَبِيبٍ النَّجّارِ
Maksudnya: Mereka yang beriman sebelum kebangkitan Nabi Muhammad dengan Nabi Isa dalam keadaan bebas daripada kesesatan Yahudi dan Nasoro seperti Qus bin Sa`idah, Buhaira al-Rahib, Habib al-Najjar, Waraqah bin Naufal… maka mereka mendapat ganjaran baik di sisi Allah…
Maksudnya berdasarkan ayat di atas, orang kristian yang mentawhidkan Allah ada pada zaman dahulu.
Lawan mereka ada orang kristian yang kufur. Iaitu mereka yang menuhankan Nabi Isa.
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ عُزَيْرٌ ٱبْنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ ٱللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَٰهِهِمْ ۖ يُضَـٰهِـُٔونَ قَوْلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن قَبْلُ ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ ٣٠
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Di sini Allah menempelak Kristian yang telah menyeleweng.

Maka berdasarkan penjelasan di atas dahulu kala orang Kristian ada mereka yang mentawhidkan Allah, ada mensyirikkan Allah.

Berbalik kepada persoalan: Adakah Ashabul Kahfi orang Kristian?
Jawapannya: Ya. Mereka adalah orang kristian yang beriman dan mentawhidkan Allah. Itulah pandangan kebanyakan ahli Tafsir.

Kata Ibn Ashur pengarang Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir dalam mentafsirkan ayat Ashabul Kahfi:
فَكانَ مِن أهْلِ أبْسُسَ نَفَرٌ مِن صالِحِي النَّصارى يُقاوِمُونَ عِبادَةَ الأصْنامِ، وكانُوا في زَمَنِ الإمْبِراطُورِ (دُوقْيُوسْ) ويُقالُ (دِقْيانُوسْ) الَّذِي مَلَكَ في حُدُودِ سَنَةِ ٢٣٧، وكانَ مُلْكُهُ سَنَةً واحِدَةً، وكانَ مُتَعَصِّبًا لِلدِّيانَةِ الرُّومانِيَّةِ، وشَدِيدَ البُغْضِ لِلنَّصْرانِيَّةِ، فَأظْهَرَ كَراهِيَةَ الدِّيانَةِ الرُّومانِيَّةِ، وتَوَعَّدَهم (دُوقْيُوسْ) بِالتَّعْذِيبِ، فاتَّفَقُوا عَلى أنْ يَخْرُجُوا مِنَ المَدِينَةِ إلى جَبَلٍ بَيْنَهُ وبَيْنَ المَدِينَةِ فَرْسَخانِ، يُقالُ لَهُ (بِنْجَلُوسْ) فِيهِ كَهْفٌ أوَوْا إلَيْهِ، وانْفَرَدُوا فِيهِ بِعِبادَةِ اللَّهِ، ولَمّا بَلَغَ خَبَرُ فِرارِهِمْ مَسامِعَ المَلِكِ، وأنَّهم أوَوْا إلى الكَهْفِ أرْسَلَ وراءَهم، فَألْقى اللَّهُ عَلَيْهِمْ نَوْمَةً، فَظَنَّهم أتْباعُ المَلِكِ أمْواتًا
Di kawasan Absus terdapat kelompok orang Kristian yang soleh. Mereka memerangi penyembahan berhala. Mereka hidup di zaman Duqyus atau Diqyanus kira-kira tahun 237 Masihi. Beliau amat taksub dengan agama romawi dan amat bencikan agama Kristian… Duqyus mengancam mereka untuk diseksa, maka kelompok tersebut keluar daripada kota menuju ke gua yang digelar binjalus. Disitulah terletaknya gua, yang mereka beribadat di sana…

Kata Ibn Ashur lagi:

وقِصَّةُ أهْلِ الكَهْفِ لَها اتِّصالٌ بِتارِيخِ طَوْرٍ كَبِيرٍ مِن أطْوارِ ظُهُورِ الأدْيانِ الحَقِّ، وبِخاصَّةٍ طَوْرُ انْتِشارِ النَّصْرانِيَّةِ في الأرْضِ
Kisah Ashabul Kahfi ada kaitan kuat dengan peringkat penyebaran agama Hak.. Khasnya penyebaran agama kristian di muka bumi

Jadi, ashabul kahfi orang Kristian yang mentawhidkan Allah adalah pendapat ahli tafsir. Bahkan ramai yang berpendapat sedemikian.

Jadi Ust yang menyesatkan pemimpin tadi bagaimana?

Pandangan saya Ust tersebut gopoh dalam menghukum. Beliau menyangka orang Kristian bukan Nasoro, padahal ia merujuk kelompok yang sama.

Beliau juga menyangka orang Kristian semua mensyirikkan Allah. Sedangkan dalam al-Quran dan pendapat ahli tafsir menjelaskan ada orang nasoro atau kristian yang beriman dan mentawhidkan Allah.

Maka buang sahaja pendapat ust yang gopoh itu, dan peganglah pandangan ulama sebenar ahli tafsir yang tidak terpengaruh dengan politik kepartian dan amanah dengan Ilmu.

Pengajarannya: Jangan gopoh menyesatkan orang, kerana jelas kejahilan kita, dan tak amanahnya kita dengan ilmu. * Ziarah ke Gua Ashabul Kahfi di Jordan. Ust Faiz Fateh al-Azhari.

Pemuda Ashabul Kahfi Kristian ?

Pening selalu kalau keluar dari mulut beliau tu. Cakap 10, 11 tak boleh percaya. Itulah perumpamaannya. Isu argumen:

1. Adakah pemuda Al-Kahfi itu beriman?

Ya. Pemuda Al-Kahfi itu beriman dengan percaya kepada Allah Ta’ala bahawa Allah itu esa tidak beranak dan tidak diperanakkan. Itulah fahaman ambe tentang “beriman”. Ditambah dengan dalil dari Al-Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 13 :

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”.

Jelas kat situ bahawa pemuda Al-Kahfi adalah orang yang beriman.

2. Apa itu Kristian?

Ni apa yang ambe tahu mengikut ilmu yang ada:

1. Agama Kristian itu muncul selepas Jesus disalibkan.

2. Mereka mempercayai bahawa Jesus itu anak Tuhan.

3. Mereka menggunakan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s sebagai asas untuk menulis semula Bible.

4. Agama Kristian tidak diiktiraf oleh Allah Ta’ala sebagai agama yang diredhai.

5. Tak pernah dengar dalam Al-Quran menyebut agama Kritian itu sebagai sebuah ajaran agama selain kaum Nasrani (orang-orang Kristian) itu sebagai kaum yang sesat.

Kita kembali ke persoalan utama; adakah pemuda Al-Kahfi itu Kristian?

Dua argumen di atas boleh di lihat secara logiknya begini; Apabila Allah sebut pemuda Al-Kahfi itu beriman, ini bermaksud pemuda Al-Kahfi tak mempercayai keimanan orang Kristian bahawa Jesus itu anak Tuhan.

Ini bermaksud pemuda Al-Kahfi itu mungkin hidup selepas zaman Nabi Isa a.s tetapi tidak menyertai Kristian dan kekal berpegang dengan ajaran dibawa dari Nabi Ibrahim. Sebab apa? Sebab Al-Quran dah bagitau Allah menjaga pemuda Al-Kahfi ini sehingga mereka benar-benar faham tentang ketauhidan Allah Ta’ala.

Allah sebut dalam surah Al-Kahfi ayat 14;

“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Masakan dengan ketauhidan pemuda Al-Kahfi itu mereka mempercayai Jesus itu anak Tuhan yang menjadi punca pegangan Kristian.

Nampak tak poin yang ambe nak jelaskan ni?

Maksudnya di sini Allah pelihara pemuda Al-Kahfi walaupun katanya mereka hidup selepas zaman Nabi Isa a.s atau Jesus disalibkan, tetapi mereka tidak menganut Kristian sebab agama Kristian bukan agama Allah.

Sebab agama Kristian itu tidak beriman kepada Allah. Hanya orang gila dan jahil murakkab aje yang cakap Kristian itu agama orang yang beriman. Kristian tu kafir. Full stop! kredit : Jihadi Yusof. Kejahilan apakah si Dajjal kecil ni bawa entah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply