Asal Usul Arab Saudi ?

asal usul arab saudi

Asal Usul Arab Saudi ? “ILLUMINATI – FREEMASON – ARAB SAUDI – WAHABI – BERSUBAHAT”

Perancangan Freemason sangat halus mereka merosakkan islam dan sunnah yang di bawa Rasulullah S.A.W dengan islam versi mereka iaitu WAHABI . Mereka berjaya merosakkan Mekah dengan binaan-binaan yang menutup kebesaran Kaabah dan dari kota ibadah menjadi kota perlancongan. Segala peninggalan Rasulullah S.A.W dimusnahkan atas alasan bidaah, Tetapi artifak berhala tidak pula dimusnahkan, Malah dipelihara dalam muzium dan menelan belanja berbillion-bilion.

Negara Arab Saudi lahir dari konspirasi Illuminati sempena nama Bani Saud. Keluarga Ibnu Saud adalah Freemason keturunan Yahudi (Bani Al-Masalikh) dan dipilih sendiri oleh Rothschild.

Siapakah Rothschild ?

Rothshchild adalah penaja utama organisasi penyembahan syaitan terbesar di dunia iaitu Illuminati. Rothschild adalah keluarga paling kaya dan berpengaruh di dunia , dan mereka bekerja untuk Al Masih Ad Dajjal.

Raja Fahd dan Queen Elizabeth juga benih asli dari keturunan Firaun. Sebenarnya Kematian Puteri Diana telah dirancang oleh Queen Elizabeth. Kaabah Kini Sudah Dikepung. “YAHUDI – FREEMASON”

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria. Tetapi sedarkah kita bahawa ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya. Dan Tahukah anda ? sasaran yang mereka idamkan bukanlah PALESTINE sebaliknya MEKKAH dan MADINAH. Asal Usul Arab Saudi ?

Tahukah anda MEKAH dan MADINAH sudah lama telah dikepung secara sistematik oleh Yahudi – Freemason?

Kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh Rothschild, Rockefeller dan anak-anak Dajjal yang sama untuk memberontak dan menjatuhkan khalifah Turki Uthmaniyyah.

Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung barbaric) Najd dan bani Sa’ud.

Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa’ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).

Aqidah Wahhabi = Aqidah Yahudi. -Yahudi memperalatkan Wahhabi untuk menjauhkan umat Islam daripada Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta menjauhkan umat Islam daripada Islam itu sendiri. Walaupun secara zahir nampak Seolah-olah untuk mendekatkan umat Islam dengan Islam, hakikatnya jauh sama sekali. Asal Usul Arab Saudi ?

Tak percaya? Pergi sajalah ke Mekah dan Madinah.

Orang ramai sudah tidak tahu mana satu makam isteri Rasulullah, mana satu makam sahabat-sahabat Rasulullah dan sebagainya. Rumah Sayyidah Khadijah R.A dijadikan tandas awam dan banyak lagi.

Itulah antara bukti-bukti yang Allah Ta’ala nak zahirkan yang Wahhabi ini adalah pembenci Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda SAW.

Di antara Umat Islam yang paling banyak dibunuh adalah Keturunan Rasulullah SAW. Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia. Mesti ramai orang kata aku mengarut , Tapi percayalah Keturunan Rasulullah S.A.W bertebaran di Nusantara.Tersangatlah ramai.

Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam di nusantara ini bernasabkan daripada Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A.

Sebelum kedatangan Islam, bangsa melayu nusantara adalah sebuah bangsa yang taat setia kepada Raja dan kerajaannya.Kedatangan para pendakwah mengislamkan Raja-raja mereka turut dituruti (seluruh rakyat) dengan menganut ajaran yang dibawa (Islam) secara beramai-ramai. Asal Usul Arab Saudi ?

Apa rahsianya mereka semua dapat taat setia dan percaya kepada ajaran yang dibawa oleh para pendakwah Islam ke negeri mereka?

Bangsa melayu nusantara sebelum kedatangan Islam, Allah kurniakan kepada mereka sejenis kekuatan bernama “Sakti” , Apabila mereka semua melihat “Karomah” (Lebih hebat dari sakti) yang ditunjukkan (yang dilihat) oleh para pendakwah yang datang untuk mengislamkan mereka.

Mereka berkelihatan aneh dan kehairanan, lantas yakin dan taat setia kepada arahan raja-raja mereka agar beramai-ramai memeluk Islam (Seruan memeluk ajaran Islam).

Sebelum kedatangan para pendakwah mengislamkan negeri dan kerajaan di nusantara, Para Raja-raja ada yang bermimpi diberi kefahaman dan ditunjuki jalan yang benar (Taufik dan hidayah) dan ada yang bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Lantas mereka tidak keberatan menerima Islam yang dibawa oleh para pendakwah tersebut.

Bangsa melayu nusantara yang digelar Rasulullah S.A.W sebagai “Negeri di bawah angin” kerana mereka semua percaya dan yakin kepada perkhabaran ghaib yang disampaikan diserukan kepada mereka semua.

Apabila semuanya telah diislamkan, Allah menaikkan darjat Raja-raja mereka dan rakyat-rakyatnya di nusantara, “Sakti” telah bertukar menjadi “Maunah” atau “Karomah” mengikut keyakinan dan keimanan mereka semua.

Para sultan dikurniakan “Daulat”.

Perkembangan ini juga dikukuhkan lagi dengan perkahwinan campur antara raja-raja melayu dengan keturunan Ahlul Bait dan Sahabat Rasulullah S.A.W , juga para pendakwah bermukim dan berlaku perkahwinan campur dengan rakyat tempatan. dengan perkahwinan inilah mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan mengembangkan lagi keturunan Ahlul Bait di Nusantara ini.

Seterusnya berlaku perkembangan ilmu dan dakwah yang terus berkembang pesat di seluruh Nusantara, kesedaran berTuhan yang hakiki dan kemanisan Iman sangat dirasai.

Selanjutnya telah wujud pelbagai Institusi diraja yaitu Kesultanan Melayu Ahlul Bait dan Kerajaan islam di Nusantara ibarat “Cendawan tumbuh selepas Hujan”. Semuanya seiring dengan pergerakan dakwah yang sedang berkembang pesat ke seluruh wilayah Nusantara.

Terbinalah sebuah bangsa nusantara yang taat kepada agama, setia kepada pemimpin, memiliki identiti tersendiri, peradaban bangsa dan kerajaan Islam yang penuh keajaiban dan tamadun.

Jadi adakah tak relevan jikalau saya mengatakan kebangkitan akhir zama akan bangkit dari timur. Iaitu pasukan Panji hitam yang bersama Imam Mahdi berjihad di barisan paling hadapan.

Berbalik pada tajuk utama , Iaitu Wahabi. Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya Umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Apa yang kita dapat lihat hari ini tinggalan nabi Muhammad S.A.W seperti rambut, capal, serban, pedang dan lain-lain….itulah harta Rasulullah S.A.W yang sempat diselamatkan keturunan beliau.

Tanah arab atau kita gelar sebagai Hijjaz memang didiami oleh keluarga Rasulullah S.A.W , keluarga para Sahabat dan orang Quraisy sejak zaman Rasulullah S.A.W hinggalah Allah datangkan fitnah dajjal yakni tentera Wahabi yang membunuh dan mengusir keluarga Rasulullah S.A.W dan bani Tamim dari Hijjaz.

Pengusiran keluarga Nabi S.A.W dan orang Quraisy oleh tentera Dajjal (Wahabi) ini telah dikatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata BAGINDA NABI SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah.Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah baginda sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda Nabi menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam.

Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya.

Sesiapa yang sempat menemuinya, Maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah al- Mahdi.”(Ibnu Majah)

Ketika berada di negara Saudi, kita akan merasakan banyak amalan yang terkait dengan Rasulullah SAW akan terasa asing.

Bila kita mendoakan Rasulullah SAW di depan makam, nanti akan terdengar suara “Ruh! Ruh!” Bila kita teruskan berdoa nanti Mutawwa (gelaran pegawai agamanya) akan halau kita atau pukul dengan tongkat yang sedia ada di tangannya.

Berkunjung di tempat kesan sejarah Nabi Muhammad mereka akan kata tiada dalam Sunnah. Istilah yang sangat popular yang mereka gunakan ialah Bidaah. Cubalah perati pendakwah dan netizen di Malaysia dan Indonesia yang tak habis-habis nak bidaah kan amalan-amalan dalam mazhab syafie. Masih nak tutup mata? sedarlah!

Sejak jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924, kelambu Kaabah bertukar dari HIJAU kepada HITAM sebagai tanda kekalahan islam. Takkan lah korang tak perasan.

Cuba lihat apa yang terjadi.

TURKI : Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ke tangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin “Islamik” Erdogan, Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN : yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ : satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN : negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan
musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen utk mencetuskan “Arab Spring”.. Rakyatnya dihasut untuk “BANGKIT”…dibantu dengan “Bersungguh2” oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA : adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al- Mahdi.

MESIR walaupun “DISERAHKAN” kepada Dr. Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera. Asal Usul Arab Saudi ?

LIHATLAH SAUDARA KU SEKALIAN ! DIPETA,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK.

KENAPA LAH KORANG MASIH TAK SEDAR DAN PERCAYA. SAYA MERASA SEDIH SETIAP KALI INGIN MEMBONGKARKAN SEMUA INI DAN MENUNJUKKAN SIAPA MUSUH SEBENAR , SAYA DITERTAWAKAN DAN DIKEJI OLEH BANGSA KU SENDIRI.

Ada golongan yang tak percaya dengan fakta yang diberi tanpa mahu selidik sejarah yang benar tentang kerajaan Saudi hari ini. Mereka persoalkan kalau lah Wahabi dan bani Saud tidak benar dan sesat tak mungkin Allah izinkan mentadbir dua bandar suci ini dengan aman dan makmur. Bayangkan negeri kering kontang penuh pasir dan debu tapi kaya dan pembangunan sentiasa pesat.

Cubalah melihat semula sejarah penjaga dua bandar ini, Waktu zaman jahiliyah di mana kaabah ditadbir dengan keadaan makmur oleh keturunan arab quraisy. Di dalam masjid berdekatan kaabah siap ada berhala lagi. Kota madinah boleh dikatakan ramai geng-geng yahudi.

Keamanan dua kota ini adalah dalam jagaan ALLAH S.W.T, tiada kaitan pun dengan manusia sebagai penjaga sebenarnya.

Bukankah ada satu hadith mengenai apabila dajjal datang ke makkah dan madinah dia cuma hentak kaki dan orang-orang munafiq dalam tu keluar mengikutinya…tak semua di makkah itu wahabi cuma penguasanya itu yang berfahaman wahabi.

Cuba korang fikirkan kenapa Makkah aman tanpa musuh-musuh islam nak serang?

Sebab buktinya sudah jelas. Makkah dikuasai oleh orang-orang mereka juga….Takkan lah benda ni korang masih tak nampak.

Tak hairan banyak tempat bersejarah dihapuskan di Mekah atas alasan ada orang arab buat perkara bidaah, Tapi sebaliknya pemimpin dia gila wang, buat pembangunan demi keuntungan diri sendiri. Bina hotel nak kalahkan Dubai. Mekah dah macam Amerika dengan lambakan MCD, KFC, Burger king, Starbucks bersepah-sepah..butik paris hilton lah, Mekah mmg tak kalah dengan NYC.Banyak lagi korang kajilah sendiri.

Cuba lihat sekarang di dirikan bangunan pencakar langit sebagai penantian ketibaan Al-Masih Dajjal. Siapa yang menantikan dajjal kalau bukan Yahudi-Freemason?? Kita kena kaji bukan terus menolak.

Adakah ajaran Islam sekiranya kahwin 13 isteri dan Raja sekarang ni dari isteri ke 8? Renungkan!! Boleh rujuk pendedahan ini dari buku Min Aina Wa Ila Aina sebanyak 43 halaman buku tersebut, ditambah dengan banyak rujukan lainnya.

Penulis buku berjudul ‘ Ali Saud min aina wa ila aina’ ( Ali Saud dari mana dan ke mana iaitu Muhammd Shakher menggemparkan dunia apabila mendedahkan fakta berkaitan siapa sebenarnya Dinasti Saud sehingga setiap kali berlaku konflik antara Palestin – Israel, pasti mereka diam dan bungkam. Asal Usul Arab Saudi ?

Muhammad Shakher akhirnya dibunuh oleh Regim Saudi kerana pendededahannya yg menggemparkan itu.

Boleh rujuk kitab tarikh najad, kitab fitnah mujassimah, kitab qarnunajd, boleh tanya penduduk asal mekah keturunan ‘ashkubi, suwaidi, khardawi, ruhaili, sa’dadi, sulaibi, alawi,…boleh tanya anak-anak murid ulama asal yang mengajar dimasjidil haram syeikh musa halabi yang sanad diambil dari syeikh yasin..

boleh tanya syeikh ahmad alawi anak syeikh mohamad alawi yang ayahnya di penjara dan dikenakan tahanan rumah 10 tahun sedangkan syeikh muhamad ulama asal yang mengajar di masjidil haram…boleh tanya anak-anak murid asal yang veteran sekarang ini ada dekat bukit ajyad, bukit karkaz, bukit hudais dan lain-lain.

Pembunuhan yang dibuat anak wahab kerana mudah mengkafirkan ulama-ulama asal Mekah dan Madinah yang kebanyakan keturunan Rasulullah SAW berganding bahu bersama alu su’ud nasab yahudi untuk menjatuhkan empayar islam yang benar dan digantikan dengan agama wahabi sekutu yahudi…

Boleh tanya syeikh ali sobuni, boleh tanya syeikh habib zain sumait, Boleh tanya sendiri mufti dia syeikh soleh fauzan yang akan membenarkan cerita ini…

Hudud di haramain adalah fitnah terbesar dunia…Hudud kasta… Amah Indonesia dirogol pak arab , Yang di dipancung amah Indonesia … Perogol dari kalangan arab saudi…? Cuma perlu Bayar denda… Beratus kes boleh tengok…

Hudud wahabi memang dasar yahudi (Talmud)… Bukan dasar Quran dan Hadis.

ARAB SAUDI DAH NAK JADI MACAM LAS VEGAS. TAPI KITA SIBUK DOK MAKI SYIAH DAJJAL. CERDIK PUNYA WAHABI ALIHKANKAN SERANGAN PADA MAZHAB SYIAH YANG SAMA SAJA KEDUANYA CIPTAAN YAHUDI…SEDANGKAN MEREKALAH DALANG SEBENAR! SEDANGKAN WAHABI ITU JAUH LEBIH LICIK… SEBAB TU KITA NI ASYIK DUK NAMPAK SYIAH JE YANG SESAT , YANG BAHAYA DAN YANG EKSTRIM.

“Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,Mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,Mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Surah Al A’raf Ayat 179)

Masih kurang yakin apa yang saya sampaikan?

Baik jom kita imbas kembali peristiwa Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra atau dalam Bahasa Inggeris “The Great Arab Revolt”.

Sekitar Oktober 1916, Kapten T. E. Lawrence atau “Lawrence of Arabia” tiba di Madinah dan bertemu dengan Amir Faisal, putera sulung kepada Sharif Hussein, pemerintah Haramain (“Penjaga Dua Kota Suci” lantikan Khalifah) yang berketurunan Bani Hashim.

Misi Lawrence sebagai wakil Empayar Britain adalah untuk merancang strategi bersama keluarga sharif untuk menyerang kubu Madinah yang dipertahankan oleh Fakhri Pasha, seorang jeneral Khilafah Turki Uthmaniyyah (“Ottoman”) yang handal.

Kehadiran Lawrence menyusuli persetujuan Sharif Hussein dan Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir, untuk bersama-sama menentang Khilafah Uthmaniyyah.

Ketika itu Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlangsung dua tahun lebih di antara Pakatan Britain-Perancis-Russia dan Pakatan Jerman-Austria.

Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu dikuasai oleh “Tiga Pasha” (Talaat Pasha, Enver Pasha, Djemal Pasha) telah menyertai pakatan Jerman, walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Mahmud V (Mehmed V).

Keluarga sharif yang telah lama tidak berpuas hati dengan pemerintahan Turki, membuat keputusan untuk berpakat dengan Britain kononnya demi membebaskan bangsa Arab daripada pemerintahan Turki , Britain telah memberi janji yang lumayan bahawa Britain akan menyokong Sharif untuk menjadi khalifah kepada Jazirah Arab.

Namun, apa yang tidak diketahui oleh keluarga sharif ialah perjanjian rahsia di antara Britain dan Perancis yang bernama Perjanjian Sykes-Picot. Al-maklum lah waktu itu tiada WikiLeaks. Menurut perjanjian tersebut, wilayah Uthmaniyah selepas perang akan dibahagikan di antara Britain dan Perancis.

Setahun kemudian (1917), Britain juga mengadakan Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild, penaja gerakan Zionisme bahawa Britain akan mewujudkan sebuah negara Yahudi (“Jewish national home”) di Palestin.

Selepas tamatnya WW1, wilayah Turki Uthmaniyyah dibelah bahagi menurut Perjanjian Sykes-Picot. Perancis mendapat Syria dan Lebanon; Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq. Britain tidak mengotakan janji McMahon terhadap Sharif.

Malah, Britain memberi bantuan senjata kepada musuh Bani Hashim iaitu Bani As-Saud untuk memerangi Sharif. Belum sempat lagi Sharif menubuhkan khilafah, keluarga As-Saud yang dipilih oleh keluarga Rothschild telah pun menawan Makkah dan Madinah pada tahun 1924 dan keluarga Sharif terpaksa mengalah dan membawa diri. Lalu Keluarga As-Saud menubuhkan kerajaan yang bernama Arab Saudi.

Manakala di Turki, para pemenang WW1 (Britain, Itali, Greece) cuba menguasai Turki. Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh-penceroboh asing. Mustafa Kemal menubuhkan Republik Turki dan dihormati sebagai Ataturk (“Bapa Bangsa Turki”). Pada 3 Mac 1924, Khilafah dimansuhkan. Khalifah ke-101, Sultan Abdul Majid II (Abdulmecid II) dibuang negeri. Apa yang berlaku di Turki selepas itu, semua dah sedia maklum.

Tentu ada pengajaran (ibrah) di sebalik sejarah.

Kedua-dua Turki Uthmaniyyah dan keluarga Sharif, dan umat Islam secara keseluruhan ialah “mangsa geopolitik” yang kena “game” dengan percaturan kuasa-kuasa besar dunia.

Britain sebenarnya hanya menganggap keluarga Sharif sebagai satu anak catur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah. Ini membolehkan Britain menguasai Mashriq (kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Euphrates) yang strategik.

Begitu juga dengan Jerman. Bukannya Jerman nak buat pakatan dengan Turki sebab pro-Islam. Sebab-sebabnya hanya. Kerana ada musuh yang sama dengan Turki iaitu Russia. Kerana nak cari titik “pivot” di Teluk Parsi untuk melancarkan kuasa (“projecting power”) ke Lautan Hindi yang dikuasai Britain. Begitu juga dengan Hitler semasa Perang Dunia Kedua.

Bukannya Hitler anti Yahudi sebab dia sokong perjuangan Palestin. Tapi Hitler hanya menggunakan anti-Semitisme untuk mencari sokongan di kalangan negara-negara Arab. Asal Usul Arab Saudi ?

Sudahkah kita mengambil pengajaran?

Dalam gambar pertama dibawah. Amir Faisal ibn Hussein menghadiri Persidangan Keamanan Paris (Paris Peace Conference) di mana pemenang-pemenang WW1 mengadakan rundingan. Lelaki ke-3 dari kanan (sebelah bahu kiri Faisal) ialah T. E. Lawrence. Lawrence agak bersimpati dengan keluarga Sharif dan telah mendapatkan hak memerintah Jordan dan Iraq untuk keluarga Sharif.

Pemerintahan keluarga Faisal di Iraq digulingkan dalam kudeta berdarah pada tahun 1958. Manakala keturunan Amir Abdullah, putera kedua Sharif masih memerintah Jordan sehingga pada hari ini.

Sekarang mari kita lihat di Malaysia , saya akan bukakan serba sedikit , Sekurang-kurangnya kalian tahu siapa musuh kalian. Mana tahu ada persoalan korang selama ini yang terjawab dari post ini. Asal Usul Arab Saudi ?

Mengapa ramai yang cuba memburukkan Raja-raja Melayu dari dahulu hingga sekarang dan tidak kurang juga yang pertikaikan kuasa Raja Melayu ?

Seperti yang kalian ketahui Kesultanan Raja-raja Melayu sekarang yang masih kekal hanyalah di Malaysia dan Brunei. Kita bertuah sebenarnya kerana mempunyai “Perlembagaan” dengan adanya Perlembagaan mereka tidak boleh berbuat apa , Namun mereka takkan mudah Berputus asa.

Jarum-jarum halus yang sedang dicucuk di negara ini adalah perancangan jahat Dajjal. Tangan-tangan ghaib yang ribuan tahun membuat rencana untuk meruntuhkan sistem Raja-raja di tanah melayu ini.

Kalian patut berbangga berapa ramai musuh-musuh kita semenjak dahulu cuba menghapuskan Raja-raja Melayu. Tetapi ianya tidak semudah ABC. Kita mempunyai ramai pejuang Tauhid dan para Ulama hakikat serta para Waliyullah yang sentiasa melindungi Alam melayu. Tidak pernah lari walaupun kalah dalam perang. Asal Usul Arab Saudi ?

Sebab itulah orang luar gelar kita sebagai Bangsa yang DEGIL ! Degil kenapa ?

Sebab terlalu degil berpegang dengan Islam dan Raja-raja Melayu. Kalau kalian jenis mengkaji sejarah pasti kalian akan jumpa Hint.

Bagaimana agenda mereka di Tanah Melayu. Tapi sayang Melayu kini semakin sayu tidak seperti dulu. Melayu akan kuat bila kembali ke akar Tauhid. Gandingan umara dan para ulama seperti di era Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu. Mereka langsung tidak berani selagi Tokku Paloh masih hidup, Manakala Sultan pula senantiasa merujuk pada Ulama Hakikat.

Jadi seperti yang saya katakan mereka takkan berputus asa. Mereka terus merancang untuk meruntuhkan sistem beraja, mereka memperkenalkan Demokrasi berparlimen, Namun ! mereka masih lagi tidak mampu membuang terus kuasa raja-raja kerana sistem kita di Malaysia ada raja berpelembagaan.

Strategi kedua ialah dengan membuat dan mencipta persepsi negatif terhadap Raja-Raja dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa memanipulasikan banyak perkara.

Para ahli politik pembangkang juga menyerang institusi Raja dan hak-hak keistimewaan Raja dan orang melayu.

Semakin hari rakyat mulai membenci Raja, itulah yang mereka mahu! Sepertimana yang kita lihat hari ini ! Faktor sampingan lain seperti perebutan takhta. Terlibat dengan skandal tertentu , pembaziran dan sebagainya oleh anak-anak Raja sendiri. Ini menambahkan lagi api kebencian rakyat kepada Raja dan rakyat mulai hilang rasa hormat dan mulai menjauhi Raja.

Untuk menghancurkan Daulat Raja. Ulamak tulen bertaraf wali berfahaman ahli Sunnah WalJamah yang selama ini menasihati raja. Dalam banyak perkara terutamanya hal-hal agama menjadi bertambah sedikit dan telah digantikan dengan Ulamak berfahaman WAHABI .

Fahaman Wahhabi dan Liberal ciptaan gandingan Dajjal-The Hidden Hand. Ini telah berjaya menghancurkan kekuasaan Turki Uthmaniyya. Para Syarif Mekah dan keturunan ahlul bait lalu mengangkat Bani Saud menjadi raja boneka mereka sehingga kini.

Di Negara ini, apa yang membimbangkan kita. Bila Ulamak Wahhabi akan mempengaruhi istana dan secara tidak langsung. Rakyat akan diwahabikan secara tidak sedar. Maka Daulat Raja akan luntur dan hilang sirnanya! Asal Usul Arab Saudi ?

Sebab itulah saya terus menerus kongsi pasal sejarah !

Saya nak anak bangsa hari ini kenal sejarah , Kenal siapa musuh mereka sebenarnya , Kenal siapa ulama yang boleh pakai ! Kalau saya sebut nama-nama ulama wahabi kat Malaysia ni , Konfom saya kena hentam. Sebab pengikut mereka semakin ramai .

Sepertimana yang saya katakan , Mereka tidak sedar mereka telah mengikut telunjuk dan menjadikan wahabi sebagai rujukan . Yang Haq dikata bathil , Yang Bathil dikata Haq ! Perkara ni benar-benar merisaukan saya . Mereka berpegang kuat pada islam Tapi sayang Akidah mereka lari dari landasan akidah yang Haq.

Jadi mereka berjuang konon atas nama islam , Maka timbullah wahabi ekstrimis !

Seperti di Arab Saudi yang mengancurkan makam Keluarga Nabi dan membunuh keluarga Nabi. Tapi Allah itu Maha Kuasa keturunan Rasulullah S.A.W bertebaran di Alam Melayu ataupun Nusantara. Termasuk para Ulama dan Raja-raja Melayu yang mempunyai salasilah sehingga Rasulullah S.A.W.

Tolonglah anak-anak bangsaku , Sedarlah ! Pelajarilah sejarah kita , Kenalilah diri sendiri ! Belajarlah sifat 20 Allah .Pegang syariat yang Rasulullah S.A.W bawa .Belajarlah mendalami Ilmu Tauhid dan Tasawuf. Jangan biarkan diri kalian menjadi boneka yang Menghancurkan bangsa dan agamanya sendiri tanpa sedar .

Ambil iktibar dan pelajaran dari sejarah Keruntuhan Turki Uthmaniyyah , Belajar dari Keruntuhan Institusi Kesultanan Melayu di Indonesia , Teguhkan Akidah masing-masing. Berpegang teguh pada akidah ahli sunnah wal Jama’ah. Kredit:Tengku Daeng Mawalle

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply